hamba allah

nama diberi nurul adibah binti zainolabidin. berasal dari ipoh perak. mendapat pendidikan awal di tadika kemas kg tengku hussin. kemudian di sekolah rendah/menengah tarcisian convent tahun 1 hingga form 3. n berpindah ke sekolah menengah teknik ipoh. sekarang menuntut di politeknik ungku omar. diploma akauntansi. anak sulung dari 5 orang adik beradik. 2 perempuan 3 lelaki. menulis pada blog ni sebagai hobi sahaja. dan merupakan hak peribadi yang sedikit sebanyak boleh dikongsi. jika ade kata-kata di dalam blog ini yang menyentuh hati kalian yang membaca harap maaf ye. tidak berniat untuk menuju kepada sesiapa, kerana disamping menulis ini juga, sama2 mengingati diri ini. jika ade terkasar bahasa, harap dimaafkan ye. nurul.adibah91@yahoo.com ukhwah fillah, abadan abada

Wednesday, November 30, 2011

cinta, kasih, sayang


Tiga perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan, namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza. Pengertian tiga perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami. Emosi dan tindakan juga sebenarnya menggambarkan bahawa kasih, sayang dan cinta mempunyai perbezaan 
walaupun sedikit.

Kasih..

Kita sering mengucapkan kalimah basmalah yang membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.

Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.

Sayang..

Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.

Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.

Cinta..

Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama.

Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.

Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta. Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna. Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta.




"penpatah"

Thursday, November 24, 2011

wajah yang cantik datang dari hati yang baik

“Mengapa dia tidak faham rintihan hati aku?” keluh seorang sahabat rapat kepada saya.


“Bukan aku tidak cinta, tetapi tolonglah berhias diri,”tambahnya lagi.


“Mengapa? Teruji sangatkah?”


“Apa tidaknya… di pejabat aku berdepan dengan berbagai-bagai wanita. Semuanya berhias dan berwangi-wangian.”


“Kau menjaga pandangan?”


“Bukan sahaja pandangan tetapi penciuman. Dunia akhir zaman, kau bukan tidak tahu.”


“Ya, Iman kita sering teruji,” balas saya, seakan-akan menumpang keluhannya.


“Yang aku hairan tu, isteri aku ni bukan tidak cantik, cantik. Tapi entahlah, sekarang ni semakin hilang moodnya untuk menjaga diri.”


“Kita dah semakin berusia. Apa lagi yang kita cari dalam hidup ini,” pujuk saya untuk meredakannya.


“Tetapi itu bukan alasan untuk dia tidak menjaga diri. Kita sebagai suami sering diuji, setidak-tidaknya berilah sedikit bantuan untuk kita hadapi ujian itu.”


Saya senyum. ‘Bantuan’ yang dimaksudkannya membawa pelbagai tafsiran.


“Kau yang mesti mulakan dulu, insya-Allah isteri akan mengikut nanti,” cadang saya.


“Ya, aku dah mulakan. Mudah-mudahan dia dapat ‘signal’ tu…”


“Amin.”


Saya termenung memikirkan ’masalah kecil’ yang kekadang boleh mencetuskan masalah besar itu. Sepanjang pergaulan saya telah ramai suami yang saya temui mengeluh tentang sikap isteri yang malas berhias.


“Apa guna, kita dah tua.”


“Alah, awak ni tumpu ibadat lah.”


“Dah tua buat cara tua.”


Itulah antara alasan yang kerap kita dengar daripada para isteri.


Ramai suami yang baik, tidak memilih jalan singkat dan jahat untuk menyelesaikan masalah seperti menyimpan perempuan simpanan, pelacuran dan sebagainya. Ada juga yang ingin mencari jalan baik ( seperti poligami) tetapi tidak berapa berani berdepan dengan isteri. Ada juga yang terus memendam rasa seperti sahabat rapat saya itu.


“Tak berani poligami?” Dia menggeleng kepala.


“Tak ada calon ke?” saya mengusik lagi.


“Ramai…”


Memang saya lihat pada usia awal 40-an dia tambah segak dan bergaya.


“Habis kenapa?”


Dia diam. Saya renung wajah sahabat saya yang begitu akrab sejak dahulu. Dia memang lelaki baik, berakhlak dan begitu rapi menjaga ibadah-ibadah khusus dan sunat.


“Aku sayang isteri aku. Sangat sayang. Aku tidak mahu hatinya terguris atau tercalar. Aku kenal dia. Walaupun mungkin dia tidak memberontak, tetapi kalau aku berpoligami dia pasti terluka.”


“Kau sudah berterus terang dengannya?”


“Tentang apa, tentang poligami?”


“Bukanlah. Tapi tentang sikapnya yang malas berhias dan bersolek tu?”


“Aku takut melukakannya.”


“Tak mengapalah kalau begitu, biar kau terluka, jangan dia terluka,” saya berkata dengan nada sinis.


Dia faham maksud saya.
“Aku sedang mencari jalan berterus-terang,” dia mengaku juga akhirnya.


“Tak payah susah-susah. Katakan padanya dia cantik, tetapi kalau berhias lebih cantik…”


“Lagi?”


“Katakan kepadanya, berhias itu ibadah bagi seorang isteri. Jadi, bila kita yakin berhias itu ibadah, tak kiralah dia telah tua ke atau masih muda, cantik atau buruk, dia kena berhias. Dapat pahala, walaupun tak jadi cantik, atau tak jadi muda semua,” saya senyum.


Kemudian ketawa. Pada masa yang sama saya teringat apa yang dipaparkan oleh media massa bagaimana ‘ayam-ayam’ tua (pelacur-pelacur tua) yang terus cuba menghias diri untuk menarik pelanggan-pelanggan mereka. Mereka ini berhias untuk membuat dosa. Lalu apa salahnya isteri-isteri yang sudah berusia terus berhias bagi menarik hati suami mereka, berhias untuk mendapat pahala? Salahkah?


Mencari kecantikan isteri, bukan isteri yang cantik


“Kita para suami pun banyak juga salahnya,” kata saya.


“Kita tak berhias?”


“Itu satu daripadanya. Tapi ada yang lebih salah daripada itu,” tambah saya lagi.


“Salah bagaimana?”


“Salah kita kerana kita masih mencari isteri yang cantik bukan kecantikan isteri!”


“Dalam makna kata-kata kau tu…”


“Tak juga. Sepatutnya, pada usia-usia begini fokus kita lebih kepada kecantikan isteri. Di mana kecantikan sejati mereka selama ini.”


“Pada aku tak susah. Pada hati mereka. Pada jasa dan budi yang selama ini dicurahkan untuk kita demi membina sebuah keluarga.”


“Ya, jangan tengok pada kulit wajah yang luntur tetapi lihat pada jasa yang ditabur. Bukan pada matanya yang sudah kehilangan sinar, tetapi lihat pada kesetiaan yang tidak pernah pudar. Itulah kecantikan seorang isteri walaupun mungkin dia bukan isteri yang cantik.”


“Kau telah luahkan apa yang sebenarnya aku rasakan. Itulah yang aku maksudkan tadi, aku tak sanggup berpoligami kerana terlalu kasihkannya.”


“Kasih ke kasihan?” saya menguji.


“Kasihan tak bertahan lama. Tetapi aku bertahan bertahun-tahun. Aku kasih, bukan kasihan.”


Tongkat ‘muhasabah diri’ vs tongkat Ali
“Relaks, aku bergurau. Tetapi ada benarnya kalau isteri katakan bahawa kita telah tua.”


“Maksud kau?”


“Bila kita sedar kita telah tua, kita akan lebih serius dan lajukan pecutan hati menuju Allah! Bukan masanya untuk berlalai-lalai lagi.”


” Ya, aku teringat kisah Imam Safie. Ketika usianya mencecah 40 tahun, dia terus memakai tongkat. Ketika muridnya bertanya kenapa? Kau tahu apa jawabnya?”


Saya diam.


“Beliau berkata, aku ingatkan diriku dengan tongkat ini bahawa usiaku sudah di penghujung, bukan masanya lagi untuk berlengah, tetapi untuk menambah pecutan dalam ibadah menuju Allah.”


Saya diam. Terus termenung. Imam Safie, tak silap saya wafat pada usia awal 50-an. Tepat sungguh firasatnya. Insya-Allah, jalannya menuju Allah sentiasa diredhai.


“Kalau kita seserius Imam Safie, insya-Allah, kita boleh hadapi masalah isteri tidak berhias ini. Kita akan cari kecantikannya yang abadi untuk sama-sama memecut jalan menuju Ilahi…” tegas sahabat saya itu.


“Kita tidak akan lagi diganggu-gugat oleh godaan kecantikan dari luar yang menguji Iman. Kita juga tidak akan dikecewakan oleh pudarnya satu kecantikan dari dalam yang mengganggu kesetiaan.”


“Ya, kalau kita baik, isteri pun akan baik. Bila hati baik, kita akan cantik selama-lamanya!”




"penpatah.blogspot"

Friday, November 18, 2011

exam

assalamualaikum..
alhamdulillah da selesai 3 paper tok final sem ni.. tp x tau la ape hasilnya nti.. suka atau kecewa.. hmm. dalam masa skarang ni sdang mencari kekuatan.. pinta ku jagan ade subjek yang kantoi, tapi ape pun aq da berusaha sebaik mungkin.. kalau kegagalan yang ditetapkan padaku, aku redha.. mmg sedih dengan pencapaian sem ni.. soalanselaras.. susa.. wat soalan camni bkannye na tolong student, tp na menjahanamkan lagi student.. rata2 semue kata benda yang same.. soalan susa.. dalam situasi skrang ni x tau la sama ada kami smue ni dalam ipta atau sekolah lgi.. phit sangat.. dapat soalan trus blank.. mmg x waras di buatnya.. sem ni la yang paling stress dari sem sblmnya.. dgan pb nye rendah.. hmm.. skrang ni aq tawakal je la.. mgkin ade yang terbaik menunggu aq di sana.. x dpat skrang, mgkin dapat pada masa akan datang..

~seriouslyaqstresssemni~


pintaku padamu teman:

"doakan kejayaan milik kita bersama.. hanya itu yang aq harapkan.."


insyaallah..
ada yang terbaik menunggu kita=)

Thursday, November 17, 2011

sixteennovember91

assalamualaikum..
alhamdulillah 16/11/2011 sdah 20 tahun aq bernafas didunia ni..syukur alhamdulillah coz dipanjangkan umur untk berada di dunia ni.. usia  da menjangkau 20 tahun ni buatkan aq lbih tkot untuk menghadapi hidup ni.. ujian+amalan.. sgat2 takot.. lagi meningkat umur, sepatutnye lagi meningkat amal... tp aq x tau la.. moga aq dalam kalangan hamba yang diredhai allah.. insyaallah..

hmm.. kat sini jgak nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang wish birthday pd hari ni.. first ly dpat msg dari seseorang.. kata-katanya mmg menusuk kalbu rasanya.. bergenang air mata bile membaca msg 2..
ya allah, egkau muliakan & sayangi penerima ucapan ini,
berkati keluarganya,
sihatkan tubuh badannya,
limpahkan rezekinya, 
jauhkan daripada fitnah, penganiyaan & penghinaan, 
suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa. 
makbulkan cita2nya yang murni..
amin ya rabbal a'lamin

p/s: thanks dear..
n lpas 2 dapat call dari bdak nuranizah ni.. dpat call n bdak2 rmah die nyanyi lagu allah selamatkan kamu.. so dengan x bape sngaje stress+terharu mulela banjir yang agak lama.. hehe.. tbe2 plak maluuuuuuu.. banjir kilat yang agak truk la..  n then lpas 2 di ikuti le dgan shabat2 yang len (ecah,ana,arif,dja, dll).. sory le x dpat na mention sorang2... tp na kate thanks sgat2.. terharu ble ade orang egat birthday kite.. hari yang bermakna dlam diri kite..

wlaupun birthday taun ni disambut dengan exam, tapi dpat gak sambut ngan kawan2.. 16/11 sambut ngan niza, jiha, azri n kwan2  at kereta,*suprise ler*..  17/11 sambut ngan k.amy, anum, niza, k,yuni at dataran psikologi.. hehe.. da tue2 ade lgi yang nyambutnye.. tp pape pun taun ni la yang pling terharu skali.. thanks semua.. x mampu na luah ngan kata2 da..














kek from k.amy.. blueberry chocolate cake.. sgt2 sdap


wit my syang.. friend 4 evar







present from k.amy.. cantik







wit my stars












n.. TARRA

alhamdullillah..

Wednesday, November 2, 2011

sukadukaendingofoctober

assalamualaikum..
hmm.. byak benda yang nak diceritakan.. ade yang baik, ade yang buruk.. hmm.. beter cter yang happy la dlu kan.. 28-31/10/2011 berlangsungnya aktiviti bagi penutup semestar jun 2011.. terlalu byak phit n manis yang terpaksa di harungi sepanjang semester ni.. 3 aktiviti berlangsung. family day, team building, n bbq nite.. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya terdapat byak kesulitan yang terpaksa dihadapi.. pape pown terima kasih n syabas kepada semua yang telah menjayakan program sepanjang semester ni.. semester yang penuh dengan ujian n dugaan.. jayyid jayidun kepada semua.. aktiviti yang berlangsung len pada yang len.. best.. dpat merasa night walk, n yang paling best dapat merasa explorace yang sebenar.. hmmm.. diawal menerima dugaan, camtu jgak la di akhir kem ni..
hmm.. dugaan bila purse hilang.. x tau la dimana ltaknya, nak kata tinggal kat r&r x mungkin coz mkan bungkus je kat sana.. x de niat na tuduh sape2 pun.. terlalu byak benda yang berharga dalam purse 2.. mgkin tba masanya tok rasa ape yang orang len rasa bila hilang purse kot.. dugaan nya bla nak watkad bank, ic n lesen baru.. sedih mengenangkan mane nak cari duit.. semua benda alah 2 nak duit.. mane plak na ganti duit.. duit langsung x de.. makin lame mkin kusut.. wlaupn air mata ni dok than2 x bgi mengalir, akhirnya mengalir jgak bla tgak bas yang hantar hari2 x mai.. ynag dtang bas len.. mmg remuk hati ni.. n secara x sengaja mulela banjir.. hahahahah.. hidup penuh dengan ujian. sabarlah duhai hati.. n disebabkan purse x de, dpat la puasa zulhijjah minggu ni=)


thats all tuk kali ini..
moga diberi kekuatan tuk harungi hari2 yang mendatang..
bila susah kita akan kenal sape itu kawan sape itu lawan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...