hamba allah

nama diberi nurul adibah binti zainolabidin. berasal dari ipoh perak. mendapat pendidikan awal di tadika kemas kg tengku hussin. kemudian di sekolah rendah/menengah tarcisian convent tahun 1 hingga form 3. n berpindah ke sekolah menengah teknik ipoh. sekarang menuntut di politeknik ungku omar. diploma akauntansi. anak sulung dari 5 orang adik beradik. 2 perempuan 3 lelaki. menulis pada blog ni sebagai hobi sahaja. dan merupakan hak peribadi yang sedikit sebanyak boleh dikongsi. jika ade kata-kata di dalam blog ini yang menyentuh hati kalian yang membaca harap maaf ye. tidak berniat untuk menuju kepada sesiapa, kerana disamping menulis ini juga, sama2 mengingati diri ini. jika ade terkasar bahasa, harap dimaafkan ye. nurul.adibah91@yahoo.com ukhwah fillah, abadan abada

Friday, December 21, 2012

durian creape

assalamualaikum.. dah lama rasanya tak update blog ni.. sibuk memanjang,, banyak hal yang perlu di settle kan.. hehe.. dari sehari ke sehari na mengupdate.. tapi hajat tak kesampaian.. kesian sungguh..

hmmm.. sekarang ni kan musim buah dah mai balik.. ni yang mula mengenang citer2 lame ni.. ye la.. masa kat poli dulu, bila time musim buah, geng2 kami ni akan terpacak kat rumah arif.. mula lah mereka macam2 benda.. berkelah lah, masuk kebun orang la... orang duduk kampung kan. semuanya ada.. ape yang x der.. sambil2 tu dapat la merasa suasana kampung..(gaye citer macam dok seminggu kat kg arif kan) haha.. saje wat gempak..

bila musim durian ni dah mai, tiba2 je orang dok kecoh pasal durian creape.. padahal sebelum ni tak pernah dengar pown orang sebut durian creape.. tapi kan, musim kali ni memang famous benda alah tu.. hamba ni teringin la jugak nak makan.. tapi nak buat manusia-manusia di rumahku tu bukan suka pun.. tapi dah teringin kan.. gigih jugak la buat 4 ketul.. sedap la plak.. tapi nak buat lagi sangat malas.. bukan sape makan pun.. hamba yang buat, hamba la jugak yang makannya..

oleh disebabkan kawan2 hamba ni ramai yang teringin nak rasa, hamba pun tunaikanlah hajat mereka2 sekalian.. kesian.. kalau beli mahal sangat.. boleh dikatakan rm 2.00 seketul.. kesian plak ann.. so gagahkan diri jugak buat durian creape untuk mereka2.. lagipun barang-barang semua ada je kat rumah.. so tak de sebab tak nak buat kan..

okey.. ni cara-caranya nak buat benda alah ni 

DURIAN CREAPE

bahan-bahan
250g tepung gandum
2 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
pewarna (suka hati nak buat kaler ape pun)

filling**
1 cawan Non Dairy Whipping Creme
isi durian yang dah di lenyek

cara-cara
1.campur semua bahan & blender, tapis 
2. panaskan non stick pan dengan api yang kecil
3. tuangkan 1 senduk adunan & ratakan hinggan menjadi creape.. tak payah nak terbalikkan.. angkat n biarkan sejuk..
bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream di tengah-tengah, lapis dengan isi durian dan tutup semula dengan whipping cream.. lipat dan simpan dalam peti sejuk..

p/s:
1. make sure yang crepe tu betul2 sejuk.. sebab kalau still panas, cream tu akan mula mencair.. so x best larh..
2. resipi kulit creape tu boleh jugak guna resipi kulit ketayap..

3. kulit creape tu jangan buat tebal sangat.. x sedap nanti..
4. whipping cream 2 kalau nak sedap sikit letak gula sikit















Thursday, October 11, 2012

hukum wanita menyanyi-Fatimah Syarha


Seorang muallaf mengadu kepada saya, dia tertekan! Dia kini menjadi penyanyi nasyid. Dia tidak senang dengan golongan yang terlalu menghukum dan memaksa dalam isu-isu feqah. Ada kawan muallafnya yang rasa ingin murtad disebabkan hal ini. Mari kita teliti, apakah hukum wanita menyanyi?

Daripada rujukan saya yang terdahulu, kebanyakan ulama tidak membenarkannya. Hinggakan saya hampir menganggapnya suatu isu yang disepakati. Saya meneliti pula pandangan Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Beliau menekankan bahawa suara wanita bukan aurat berdasarkan hujah dan dalil yang mantap. Apapun, belum lagi saya temui pendapatnya secara jelas terhadap hukum wanita menyanyi.

Setelah lama mencari, saya mendapat jawapan daripada murobbi yang saya segani, Ustaz Fauwaz Fadzil Nor. Kata beliau, ini isu khilaf. Guru saya (Al-Qaradhawi) mengatakan wanita boleh menyampaikan lagu di hadapan orang ramai dengan 2 syarat, lagu tidak mempunyai unsur haram dan tiada tarian. Rujuk majalah al-Ustaz, isu no. 4. Saya bersyukur di atas kelonggaran ini. Hargai persamaan, uruskan perbezaan. Moga rakan muallaf saya itu dapat teruskan dakwahnya dengan lebih yakin.

ulasan Dr. Maza: Al-Rubaiyi' binti mu'awwiz menceritakan bahawa:

"Rasulullah s.a.w. datang ke majlis perkahwinanku, lalu baginda duduk di tempat tidurku seperti engkau duduk. beberapa orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu kesedihan mengenang bapa mereka yang terbunuh semasa peperangan Badar sehingga salah seorang dari mereka berkata: "di sisi kami ada Nabi s.a.w yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok". baginda bersabda: "jangan engkau kata begitu, katakanlah apa yang engkau katakan sebelum itu" (Riwayat al-Bukhari).

dalam hadis ini Nabi s.a.w tidak melarang nyanyian gadis-gadis tersebut. lagu yang berlirik sedih yang dinyanyikan oleh mereka juga tidak dilarang oleh Nabi s.a.w.. cumanya  apabila mereka menyebut lirik yang salah atau bercanggahan dengan kebenaran maka ia ditegur oleh Nabi s.a.w. Dalam hadis ini Nabi s.a.w. menegur ungkapan yang menyatakan baginda tahu apa yang akan terjadi pada esok hari. hal ini tidak benar. hanya Allah sahaja yang mengetahui perkara yang bakal berlaku.

maka lirik-lirik nyanyian hendaklah dipastikan tidak menyanggahi syarak seperti bercanggah dengan akidah yang sahih, atau mengajak kepada maksiat, atau membohongi fakta dan seumpama dengannya. demikian juga jika ia diiringi dengan perbuatan yang haram, maka hiburan dalam bentuk seperti itu diharamkan.

seorang muslim hendaklah melihat keluasan syarak ini sekalipun secara individu mungkin tidak menggemarinya. mungkin seseorang yang kuat agama itu tidak gemarkan nyanyian, tapi ia tidak beerti mesti diharamkan terhadap orang lain. sebaliknya hendaklah dia amanah dalam memberitahu keluasan syarak dalam hal ini..

wallahualam

Wednesday, October 10, 2012

beruntungnya menjadi wanita

assalamualaikum.. entry kali ini berkisar mengenai beruntungnya menjadi muslimah.. berkaitan dengan hadis-hadis nabi mengenai wanita. sungguh banyak kelebihan yang diberikan terhadap muslimah.. jom go through:


19 hadis mengenai muslimah

1. doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w. " ibu lebih penyanyang daripada bapa dan doa orang yang penyanyang tidak sia-sia".

2. apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibu melahirkannya.

5. apabila telah lahir anak lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t dan orang yang takutkan Allah s.w.t, akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8. barangsiapa membawa hadiah, ( barang makanan dari pasar lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak nabi ismail.

9. tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia kedalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

10. perempuan apabila sembahyang lima waktu puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendakinya.

11. wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki soleh

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "suaminya". siapa pula berhak terhadap lelaki? "jawab Raslullah s.a.w., "ibunya"

13. apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. wanita yang taat akan suaminya, seua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristigfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. masuklah dari mana-mana pintu yang dikehendakinya dengan tidak dihisab.

16. syurga itu terletak dibawah telapak kaki ibu

17. wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. barangsiapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga

19. daripada Aisyah r.a. " barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka


muslimah sayang.. sungguh tinggi darjatmu.. sungguh sayang Allah kepada hambanya yang bergelar muslimah=)

Sunday, September 23, 2012

tutup+close=covering

assalamualaikum..

na mengupdate blog ni kan dari sehari ke sehari,, dok terbantut je.. kemalasan melanda bila na update bda alah ni.. alhamdulillah, hari ini baru lah berpeluang tok menambahkan entry-entry yang ada ni =)

tutup+close=covering.. tapape je la kan tajuk kali ni.. hehehe.. kekeringan idea larh na cari tajuk2 ni.. almaklumlah saia ni tak lah se kretif mane(memang hakikat).. orang kata coz da fkir negatif dlu la akan jadi doa.. ble la na pandai ni dba oiii.. hehe

hmm.. actually la kan, sebenarnya amik tajuk ni coz nye isu berpurdah.. hehe.. bukan memperkotak katikkan purdah ni ok.. tapi sebagai wadah.. hmmm.. dba da berniqab ke???? cantik sangat ble dib da berniqab... soalan yang bertalu-talu sahabat-sahabat tanya.. subhanallah.. macam tertusuk-tusuk je hati ni bila sahabat-sahabat semua cakap macam tu.. macam nak nangis pun ada.. alhamdulillah respon positif je yang diterima.. bukan tak nak terus berniqab sebenarnya.. allah da lembutkan hati ni tapi dba sendri yang x bersedia untuk semua tu.. hurrrmm... banyak benda yang yang perlu diubah.. sesungguhnya saia ni hamba yang lemah.. lemah dari pelbagai sudut... ya allah.. maafkan hambamu ini.. 


p/s: ni la wajahku berniqab.. gambar ini amik kat inspirasihana.. tengah dok shopping tudung.. tiba-tiba nampak niqab tergantung.. terus capai.. 2 pun atas suruhan sahabat sepejabat.. (fb telah selamat di deactive)


moga allah meredhai apa yang hambaMu ini lakukan


Monday, September 3, 2012

open house

assalamualaikum.. untuk entry kali ni open house.. hehe.. nak kata open tu tak la jugak, nak kata close pun x.. hehe.. sebenarnya, kawan2 poli nak datang rumah.. plan punya plan, deme semua datang rumah ahad lepas.. aka semalam.. so, pagi2 ahad tu berhempas pulas menyediakan men yang sepatutnya.. ayat macam gah sangat kan, tapi sebenarnya tak pun.. 



menu untuk kengkawan  nasi ayam, kuah kacang + nasi impit, makaroni + kuah spagetti.. tu je la yang mampu nak masak.. itu pun jenuh la dok kelam kabut.. padahal tak de la ramai sangat yang datangnya.. dalam 30 orang je pun.. hehe..



kat sini nak la share camne na buat nasi ayam tu.. feedback dari semua yang rasa, katanya sedap.. tapi wallahualam la kalau sebaliknya.. kalau nak boleh la cuba masak.. resipi ni dari cik rai kite ni.. hehe..

nasi ayam madu

air rebusan ayam


1 ekor ayam

2 kiub pati ayam
halia (nak bagi rasa sikit)
air secukupnya

bahan perap


* 2 batang serai

* halia
* 1 biji bawang besar 
* 5 ulas bawang putih 
2 sudu makan sos tiram
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar berbeque
2 sudu besar kicap
garam

*kisar


**perap dalam 3-4 jam.. lagi bagus kalau perap lame sikit.. baru bahan perap 2 masuk dalam ayam 2..

nasi


3 batang serai

4cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
* 1/2 biji bawang besar
* halia
* 3 ulas bawang putih

2 kuntum bunga lawang
majerin (agak2.. jagan banyak sangat / sikit.. t x sedap plak)
3 cawan beras
4 1/2 cawan air rebusan
garam
1 paket sup bunjut (x de pun ok jugak)
pati ayam ( x de, xpe)

*tumbuk


cara-cara


1. panaskan majerin

2.tumis bahan-bahan tumbuk, serai, kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang sampai garing dan naik bau
3. masuk sup bunjut (kalau ada)
4. masuk air rebusan ayam
5. masuk beras
6. masuk garam 
7. masak nasi macam biasa

sup


ayam, potong kecik2

air rebusan ayam 
1 paket sup bunjut 
1 kiub pati ayam
1 labu bawang besar, halia (tumbuk)
3 biji bawang putih (tumbuk) 
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
kulit kayu manis 
carrot
daun sup
daun bawang
garam

cara-cara 


1. panaskan sikit minyak, tumis rempah, bawang putih, bawang besar, halia & sup bunjut sehingga garing & naik bau

2. bila dah garing, masuk ayam, biarkan ayam kecut
3. masuk air rebusan ayam
4. masuk kiub pati ayam
5. masuk daun sup & daun bawang

kalau renyah sangat ( cara ummi)

kaki ayam
bawang putih + bawang besar (kisar dengan air)
halia, 

2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
kulit kayu manis 

daun sup + daun bawang

cili


cili kisar

gula
garam
air rebusan

masak atas api kecil



itu je lah.. gambarnye tak sempat nak snap.. hahahahahaha.. tak dan nak amik udah habis.. hehe


















Friday, August 3, 2012

dari allah kita datang, kepadanya juga kita akan kembali

assamualaikum.. alhamdulillah hari ini telah masuk hari yang ke 13 kita menjalankan ibadah puasa.. alhamdulillah.. bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk menjalankan ibadah ini..

hmm.. ramadhan telah masuk ke hari yang ke 13, begitu banyak berita mengenai kematian yang saia dengar.. Ya Allah.. takut rasanya bila mendengar berita-berita mengenai kematian.. tetapi alhamdulillah, mereka di kembali kepadaNya pada bulan yang mulia ini.. kerana orang yang meninggal pada bulan ini akan diringankan azab kubur.. jenazah tidak diseksa pada bulan ini.. subhanallah.. mulianya bulan ini..

pada permulaanya saia mendengar mengenai kematian jiran.. muda lagi umurnya.. umur itukan rahsia Allah.. baru je jumpa dengan dia masa 1 ramadhan.. nampak ceria je.. tapi siapa tahu hari ini kita berjumpa dengan dia, esok mungkin kita tidak akan jumpa dengan nya lagi..

semalam pula, dengar berita kematian mak makngah.. sedih je.. opah tu meninggal hari rabu dalam pukul 12 malam.. terasa sebak bila tgak jenazahnya.. agak lama juga dia sakit.. mula-mulanya dia tak lalu makan.. bila pergi klinik, klinik kate gastrik.. then dia mkan ubat tu je la.. tapi makin lama, dia mkin lemah.. bila buat medical check up baru dapat tahu sebenarnya kanser.. tapi dah tahap ke -4.. tak boleh nak buat apa da.. sempat juga opah kate suruh doakan dia sihat.. sedih nya.. semoga allah mencucuri rahmat  keatas mereka.. aminnn

sahabatku... benarlah sabda Rasulullah SAW diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:

tiga perkara yang akan mengikut mayat.. dua daripadanya akan pulang. hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. perkara tersebut ialah: kaum kerabat, harta benda dan amalannya. semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya..





waallahualam..
hati milik allah

Monday, July 30, 2012

moment

assalamualaikum.. alhamdulillah hari ni dah masuk hari yang ke 10 dalam blan ramadhan.. syukur alhamdulillah.. allah pertemukan juga hambamu ini dengan ramadan pada kali ini.. harapan agar ramadhan kali ini adalah lebih baik dari yang sebelum ini.. insyaallah..

tengah dok boring-boring at ofis terchenta ini tiba-tiba rasa sebak mengingatkan ramadhan yang lepas.. ramadhan yang lepas berpeluang juga untuk mnjalankan tadarus.. taun ni tak tahu lah.. dah takde "partner".. ramadhan yang lepas "kami sepakat untuk wat tadarus.. mule2 masa nak buat tadarus tu agak pelik lah.. (perlu mantapkan ilmu lagi.. ngee) sebabnya kan, kebiasaannya bila kita buat tadaruskan kita akan berada dalam satu kumpulan and ngaji.. tapi kali ini dia kata boleh je buat dari jauh.. okeyh.. mengikut cadangan.. kami pun buat tadarus.. dibahagikan kepada 2.. alhamdulillah selesai 15 juzuk seorang..


sob2... sedih je rasa.. tapi diesebabkan msalah hati, no more tadarus.. ya Allah.. sedihnya hati..  bkan sahaja tak dapat untuk tadarus sekali.. tapi seolah2 satu tali persaudaraan telah terputus.. masyaallah.. hambamu ini tidak mampu lagi untuk berbuat apa-apa.. itu kehendaknya.. maka saia terpaksa ikut.. semuanya kerana hati.. sebab itulah kita sering disuruh apabila memulakan sesuatu perhubungan @ pershabatan, niatnya mestilah bermula dari Allah.. bkan kerana manusia.. apabila sesebuah persahabatan terjalin atas dasar manusia, keindahan persahabatan hanya seketika.. daripada itulah kita kehilangan segala-galanya.. jangan kelak Rasulullah tidak mengaku kita umatnya gara-gara perpecahan yang kita lakukan keatas umatya sendiri..

waallahualam..

murabbi cinta

Friday, July 20, 2012

fadilat ramadhan


  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :
      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila  dia berdiri maka berdoalah hamparannya :  (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani  tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut  (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya:  ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
    • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
    • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

    •  
    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam  syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya  hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat  dari pagi  hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang  salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

sumber:  buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi

Friday, July 13, 2012

happy birthday mujahid

en mujahid.. selamat memperingati ulangtahun kelahiran yang ke 27 ye..
semoga bertambah iman dan taqwa en. mujahid kepadaNya..
didoakan semoga dipanjangkan umur& dimurahkan rezeki.. sihat tubuh badan.. 











alhubburalalihawakmursilina
love unil jannah..
insyaallah

Friday, June 1, 2012

saat-saat kematian

Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.
Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasanubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.
Sama-sama kita renungkan.
wallahualam

Tuesday, May 22, 2012

rejab


Kelebihan Puasa di Bulan Rejab iaitu salah satu bulan dalam kalender Islam. Tarikh puasa sunat di bulan rejab bermula pada 22 Mei 2012. Amalan berpuasa di dua bulan sebelum ramadhan iaitu Rejab dan Syaaban adalah sangat digalakkan. Termasuklah Puasa Sunat Nisfu Syaaban pada 5 Julai 2012.

Tanggal 22/5/2012 adalah tanggal 1 Rejab,1433 H,
Riwayat Al-Thbrani dr Said b Rsyid
“Barang siapa berpuasa sehari di bulan Rejab, ia seperti melaksana puasa setahun,bila berpuasa 7 hari maka ditutuplah untuknya pintu-pintu neraka Jahanam, apabila berpuasa 8 hari dibukakan untuknya 8 pintu syurga, apabila berpuasa 10 hari, Allah akan mengabulkan semua permintaannya.”
Barang siapa mengingatkan orang lain tentang ini seakan ibadah 80 tahun…
 Antara Fadhilat dan Hikmah Puasa di bulan Rejab Islam.


Monday, May 21, 2012

bakal graduan politeknik ungku omar april 2013

alhamdulillah syukur ke hadrat allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnianya saia lulus penuh dalam exam sem lpas.. alhamdulillah.. kata-kata yang x terucap rasanya.. walaupun pada hakikatnye mmg x melepasi target untuk capai semester ni tpi bersyukur jugak x tersangkut paper pape.. thanks kepada yang mendoakan kejayaanku.. kepada family, pensyarah, kawan2 yang sdi mengajar n meluangkan masa selama 6 semester (x kan lupe sampai bile2, insyaallah), n sahabat2 yang sentiasa berada di sisi susa senang.. allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian semua

from beloved mum

Alhamdulillah...Congratulation
my dear Nurul Adibah for the Diploma In Accountancy. You made my day. Thank you for making me happy and l know you can do it. Lots of love from me... Jangan lupa solat syukur dan puasa 1 Rejab esok.
from his
 
tahniah lulus dengan cemerlang


thanks for the wish ye..
very2 appreciate it..
syang kamu2 semua

Thursday, May 17, 2012

nightmare

assalamualaikum..

tgal bape ari je lagi tok result sem ni keluar.. Ya Allah... takut nye x terkata.. macam2 perasaan yang timbul skrang ni.. ditambah lgi dengan mimpi 3 ari lpas.. hmm.. 3 ari lpas mimpi dapat result.. tp keputusannye sangat2 mengecewakan.. 2.6 je kot.. agak2la.. hmm.. tkotnye.. da la mmg sem ni target tinggi.. tp dpat cam2.. tp kalau itu yang telah allah tentukan untuk hambanya ini, hati ini terima dengan  hati yang terbuka.. tp seriously still need someone to sharing.. hmmmm... disebabkan mimpi tu jugak la, terus demam tambah lgi dengan migrin.. x bangun jgak lah dibuatnye.. alhamdulillah sekarang sudah beransur pulih.. cume 3 serangkai je belum lagi..hmm.. sabar je la.. tp ape2 pun, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnye.. jangan sesekali menolak takdir allah.

::mujahidah fisabilillah::

Wednesday, May 16, 2012

memori

assalamualaikum..
hari ini tanggal 16 mei merupakan hari guru.. semua orang tau kan.. dan hari ini lah hari yang sangat2 ditunggu oleh semua expecially yang bergelar guru.. time ni la cikgu-cikgu akan diberi penghargaan.. tiap2 ari bleh bagi.. tp yang ni special ckit la.. hehe.. 

hmm... kalau dulu an, sebut je hari guru mmg saia la yang akan beria2 na smbut.. tp papepown sekarang da berubah.. ngee.. ape2 pown selamat hari guru kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar saia x ksah la sekolah ataupun tuisyen.. cikgu-cikgu tadika kemas kampung tengku hussein, sekolah kebangsaan tarcisian convent, sekolah menengah kebangsaan tarcisian convent, sekolah menengah teknik ipoh, n pensyarah2 politeknik ungku omar.. hargailah pengorbanan dan erti seorang yang bergelar guru.. 

tp dalam konsep berguru ini juga, seorang guru haruslah pandai dalam mengawal pelajar itu sendiri.. bukan semua pelajar sama ye.. so macam mana cikgu inginkan pelajar hormatkan dia, begitu jugalah pelajar.. dia juga mahu rase dihormati, disayangi.. usahlah cikgu terlampau mengikut emosi tatkala sedang marah.. hmm kerana setiap kata2 itu sgat2 bermakna bagi seorang pelajar..

disebabkan seorng guru jugalah sampai sekarang masih terngiyang-ngiyang lagi bait2 kata seorang guru.. tapi x mengapa, walaupun perkataan tersebut sering menghantui dri, saia akan berusaha untuk buktikan saya mampu memegang DIPLOMA AKAUNTANSI walaupun ada yang kata saia x mampu.. benar saia susah nak faham sesuatu benda, tapi saia yakin saia mampu..

SELAMAT HARI GURU
"setiap kata-kata yang keluar dari bibirmu merupakan serangkap doa buat anak muridmu cikgu"

Monday, May 14, 2012

mother's day

assalamualaikum..
alhamdulillah dikurniakan lgi nikmat umur yang panjang.. hmm.. hari ni 13 mei 2012.. hari ibu jath pada hari ini.. hmm.. memang benar hari ibu haram disambut oleh orang islam kerana kita perlu menghargai ibu tiap2 ari.. bukan hanya pada hari-hari yang khusus sahaja.. tp apa-apa pun bergantung pada niat kita sendiri kan.. so dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada ummi yang tercinta pn. azura wani.. you are the number 1 in the world.. thanks for everything..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...