hamba allah

nama diberi nurul adibah binti zainolabidin. berasal dari ipoh perak. mendapat pendidikan awal di tadika kemas kg tengku hussin. kemudian di sekolah rendah/menengah tarcisian convent tahun 1 hingga form 3. n berpindah ke sekolah menengah teknik ipoh. sekarang menuntut di politeknik ungku omar. diploma akauntansi. anak sulung dari 5 orang adik beradik. 2 perempuan 3 lelaki. menulis pada blog ni sebagai hobi sahaja. dan merupakan hak peribadi yang sedikit sebanyak boleh dikongsi. jika ade kata-kata di dalam blog ini yang menyentuh hati kalian yang membaca harap maaf ye. tidak berniat untuk menuju kepada sesiapa, kerana disamping menulis ini juga, sama2 mengingati diri ini. jika ade terkasar bahasa, harap dimaafkan ye. nurul.adibah91@yahoo.com ukhwah fillah, abadan abada

Thursday, October 11, 2012

hukum wanita menyanyi-Fatimah Syarha


Seorang muallaf mengadu kepada saya, dia tertekan! Dia kini menjadi penyanyi nasyid. Dia tidak senang dengan golongan yang terlalu menghukum dan memaksa dalam isu-isu feqah. Ada kawan muallafnya yang rasa ingin murtad disebabkan hal ini. Mari kita teliti, apakah hukum wanita menyanyi?

Daripada rujukan saya yang terdahulu, kebanyakan ulama tidak membenarkannya. Hinggakan saya hampir menganggapnya suatu isu yang disepakati. Saya meneliti pula pandangan Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Beliau menekankan bahawa suara wanita bukan aurat berdasarkan hujah dan dalil yang mantap. Apapun, belum lagi saya temui pendapatnya secara jelas terhadap hukum wanita menyanyi.

Setelah lama mencari, saya mendapat jawapan daripada murobbi yang saya segani, Ustaz Fauwaz Fadzil Nor. Kata beliau, ini isu khilaf. Guru saya (Al-Qaradhawi) mengatakan wanita boleh menyampaikan lagu di hadapan orang ramai dengan 2 syarat, lagu tidak mempunyai unsur haram dan tiada tarian. Rujuk majalah al-Ustaz, isu no. 4. Saya bersyukur di atas kelonggaran ini. Hargai persamaan, uruskan perbezaan. Moga rakan muallaf saya itu dapat teruskan dakwahnya dengan lebih yakin.

ulasan Dr. Maza: Al-Rubaiyi' binti mu'awwiz menceritakan bahawa:

"Rasulullah s.a.w. datang ke majlis perkahwinanku, lalu baginda duduk di tempat tidurku seperti engkau duduk. beberapa orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu kesedihan mengenang bapa mereka yang terbunuh semasa peperangan Badar sehingga salah seorang dari mereka berkata: "di sisi kami ada Nabi s.a.w yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok". baginda bersabda: "jangan engkau kata begitu, katakanlah apa yang engkau katakan sebelum itu" (Riwayat al-Bukhari).

dalam hadis ini Nabi s.a.w tidak melarang nyanyian gadis-gadis tersebut. lagu yang berlirik sedih yang dinyanyikan oleh mereka juga tidak dilarang oleh Nabi s.a.w.. cumanya  apabila mereka menyebut lirik yang salah atau bercanggahan dengan kebenaran maka ia ditegur oleh Nabi s.a.w. Dalam hadis ini Nabi s.a.w. menegur ungkapan yang menyatakan baginda tahu apa yang akan terjadi pada esok hari. hal ini tidak benar. hanya Allah sahaja yang mengetahui perkara yang bakal berlaku.

maka lirik-lirik nyanyian hendaklah dipastikan tidak menyanggahi syarak seperti bercanggah dengan akidah yang sahih, atau mengajak kepada maksiat, atau membohongi fakta dan seumpama dengannya. demikian juga jika ia diiringi dengan perbuatan yang haram, maka hiburan dalam bentuk seperti itu diharamkan.

seorang muslim hendaklah melihat keluasan syarak ini sekalipun secara individu mungkin tidak menggemarinya. mungkin seseorang yang kuat agama itu tidak gemarkan nyanyian, tapi ia tidak beerti mesti diharamkan terhadap orang lain. sebaliknya hendaklah dia amanah dalam memberitahu keluasan syarak dalam hal ini..

wallahualam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...