hamba allah

nama diberi nurul adibah binti zainolabidin. berasal dari ipoh perak. mendapat pendidikan awal di tadika kemas kg tengku hussin. kemudian di sekolah rendah/menengah tarcisian convent tahun 1 hingga form 3. n berpindah ke sekolah menengah teknik ipoh. sekarang menuntut di politeknik ungku omar. diploma akauntansi. anak sulung dari 5 orang adik beradik. 2 perempuan 3 lelaki. menulis pada blog ni sebagai hobi sahaja. dan merupakan hak peribadi yang sedikit sebanyak boleh dikongsi. jika ade kata-kata di dalam blog ini yang menyentuh hati kalian yang membaca harap maaf ye. tidak berniat untuk menuju kepada sesiapa, kerana disamping menulis ini juga, sama2 mengingati diri ini. jika ade terkasar bahasa, harap dimaafkan ye. nurul.adibah91@yahoo.com ukhwah fillah, abadan abada

Friday, January 25, 2013

berfikir sebelum berkata-kata

assalamualaikum.. semetara nak menunggu isyak ni, belek-belek la tweet dan facebook.. orang lain sibuk mengaji kan.. hamba ni sibuk plak nak membaca tweet orang.. dan dapat lah idea nak menaip untuk entry kali ni..

pelikkan.. tetibe je la nak dapat idea.. kalau tak tu, susah bebeno na menaipnye.. bila kemalasan melanda, macam tu lah jadi nya.. penyakit yang "unik" ni kena ubat sendiri.. itu yag pasti.. tak de sape yang boleh ubat selain dari diri sendiri..

hurrrmm.. 

dalam membaca tweet n Fb ni kan, tiba-tiba rasa sedih kat hati ni.. sebab ape.. entah la kan.. mungkin hamba ni yang terlampau emosional.. mungkin lah.. bukan ape, hamba tengok manusia sekarang ni suka sangat mengeluarkan perkataan-perkataan yang tak sedap utuk didengar, apa lagi untuk disebut.. dok fikir jugak.. apa yang mereka dapat bila mengeluarkan kata-kata tersebut.. apa perasaan mereka yer??? kepuasan?? hanya mereka jer yang tahu..

bukankah mengeluarkan kata-kata yang elok tu pun medapat pahala.. senang je kan nak dapat pahala.. tapi kita ni yang susah sangat nak ambil peluang tu.. tak kisah la, aak tu tua, ke muda ke, cuba keluarkan kata-kata yang elok.. ini bila marah sikit kat orang lain, tak puas hati sikit, segala maki hamun semuanya terkeluar.. tapi yang lagi sedihnya bila kata-kata tersebut dikeluarkan oleh anak bagsa kita sendiri.. ingat.. nak keluarkan sesuatu tu jangan ikut mata hati sahaja.. allah tak suka.. tapi gunakan akal dan hati yang allah kurniakan pada kita.. apa bezanya kita dengan haiwan kalau kita sendiri tak mahu menggunakan akal untuk membuat sesuatu keputusan..

jangan disebabkan kerana mulut badan binasa.. kita tak tahu macam mana hati orang tu.. kadang-kadag niat kita untuk bergurau disalah ertikan.. tak semua boleh terima cara penyampaian kita.. kerana setiap individu mempunyai personaliti yang berbeza.. mempunyai pendapat yag berbeza.. hati yang berbeza.. jadi hati-hati dalam mengeluarkan kata-kata agar kata-kata tersebut tidak melukakan hati sesiapa..

lagipun, rasanya kita sendiri dididik dari kecil untuk mengungkapkan kata-kata yag baik sahaja.. misalnya bagi keluarga hamba sendiri, jika mengeluarkan perkataan 'AKU' sahaja semasa dirumah, ummi akan stand by dengan cabai burung belakang rumah.. kitorang adik beradik di treat macam tu.. tapi bila masing-masing dah mula masuk sekolah menengah, ade kelonggaran untuk panggilan tersebut.. tapi hanya di luar kaasan rumah sahaja.. tak de sape lagi yang berani membahasakan diri aku di dalam rumah.. 

jadi, ibu bapa kita sendiri dah mengajar kita untuk bersopan-santun, megeluarkan perkataan yang baik.. mengapa benda yang buruk juga di ambil.. jangan sesekali mengeluarkan ayat.. "relaks lah.. kitorang kan remaja.. so sukahati kitorang la".. please don't said it.. allah suka hambanya membuat kebaikan, tapi allah lebih suka jika hambanya membuat kebaikan di usia muda.. cantik kan ayat tu.. jadi, kenapa kita tak nak sahut apa yang allah suka tersebut.. fikir-fikirkan lah..

jangan disebabkan mulut, orang melabel bukan-bukan pada kita.. seharusnya kita setiasa menjaga hati sesama insan.. okey lah.. nak bersiap untuk solat isyak

wallahualam


Thursday, January 17, 2013

spa oh spa

assalamualaikum...

spa oh spa.. 
bersabarlah duhai hati.. nak taip entry ali ni pun da rase nak teriak kuat-kuat.. hmmm.. 26/11/2012 yang lepas hamba dapat interview untuk position penolong pegawai siasatan gred P29.. alhamdulillah sesi interview tu berjalan denga jayanya.. setelah hampir sejam mengadap panel-panel.. lama kan.. memang lama pun.. sesi interview, sesi bertikam lidah, sesi soal jawab, semua adalah.. rasanya macam pengalaman yang tak boleh lupa kot.. takkan nak lupa.. masuk2 asyik kena drop jer.. ni semua six sigma punya pasal.. tapi hamba ni pun main taram je kot.. main jawab jer.. ta kisah apa dah.. ada benda yang betol, ada jugak yang hamba main taram.. contohnya kat mana kedudukan nasi ganja.. dalam hati ni nak je jawab, tuan-tuan dan puan-puan.. ummi abah saya tak pernah bawak kitorang makan kat nasi ganja.. nasi ganja pun tak tau apa benda tu tuan dan puan.. tapi disebabkan tak nak mengaku kalah lah kononnya.. hamba pun kata la dekat dengan balai polis.. hahahahaha.. ye yer je kan.. nasib baik lah betul.. yang lain2 tu silalah rujuk entry yang lepas yer.. hahahah..

dan 4/1/2013 result untuk interview pun keluar.. 



ni lah keputusannya.. TERTAKLUK KEPADA MESYUARAT.. dalam hati, apakah.. dapat ke tak ni.. so call spa dan sah kan kenapa keputusan ni macam ni.. tau tak apa spa cakap..


SPA: cik.. cik sebenarnya dapat jawatan ni. tapi disebabkan satu dokumen yang tak cukup jadi cik berada dalam calon simpanan


hamba: dokumen apa yang tak cukup??

SPA: cert diploma.. masa interview hari tu cik belum grad lagi kan??


hamba: yer.. masa tu belum grad.. tapi saya dan sertakan sekali surat tamat belajar.. surat tu tak boleh guna ker??

SPA: surat tidak memadai cik.. jadi kami perluan cert diploma cik untuk jawatan ini.. sebabnya jawatan ini untuk diploma.. jawatan tu telah di isi atas sebab yang saya sebutkan tadi.. cik berada dalam calon simpanan..

hamba: jadi, bila saya boleh dapat tahu saya dapat jawatan ini atau ta??

SPA: pihak kami akan pos kan surat kepada cik dan meminta cik untuk megemukakan salinan diploma kepada kami..

hamba: bila yer??
SPA: mengikut kekosongan.. mungkin hujung bulan ni..

hamba: ok.. terima kasih

ok.. betapa frustnyer lah hati ni.. sabar je la kan.. even surat tu sampai hujung bulan ni pun hamba still tak boleh na bagi salinan cert tu.. konvo bulan april kot.. dah minta tolong MR.Z, dia pun kata hanya surat je yang boleh.. ok na nangis.. sabar yer wahai nurul adibah.. mungkin ada yang terbaik untuk diri ini..

Saturday, January 12, 2013

4 JANUARI 2013

assalamualaikum..

pembuka tahun 2013 ni, ramai yang menyambut dengan kegembiraan.. tetapi tidak pada kami sekeluarga.. family hamba dikejutkan dengan satu berita sedih.. berita kematian bapa saudara kesayangan (adik ummi). mohamed abrar bin amir rashid yang kembali ke rahmatullah lebih kurang pada jam 2.00 pagi, 4 januari 2012 yang juga jatuh pada hari jumaat.. kematiannya disebabkan serangan jantung.. kata HA yang merawat.. 

pada 1.45pagi, mak ngah call hamba.. tapi menggunakan no telefon arwah.. mak ngah bercakap sambil menangis.. 

mak ngah : kak long, tolong mak ngah kaklong..
hamba: kenapa mak ngah??
mak ngah: ayah ngah pengsan.. tolong kak long..
hamba: okey2.. mak ngah tenang2.. kak long datang sekarang..
hamba pun terus bangun dari tidur.. tengok adik masih tak tidur, hamba pun kata, amin jom ikut kak long pergi rumah ayah ngah.. ayah ngah pengsan.. hamba pun masuk bilik terus sarungkan jaket, pakai stoking, tudung, terus keluar.. mak yang tengah tidur tanya nak kemana.. hamba kata nak pergi rumah ayah ngah.. ayah ngah pengsan.. mak pun sambung tidur.. mungkin ingat awal lagi kot..

dah sampai rumah ayah ngah tengok mak ngah kat luar.. mak ngah pun peluk hamba.. hamba kata sabar mak ngah.. jangan panik.. insyaallah tak de apa-apa.. elok je lepas tu ambulans pun sampai.. mak ngah mula menangis balik kata cepat en, cepat.. suami saya kat dalam tu.. dalam hati hamba terasa macam ayah ngah dah tak da.. tapi masih mengharap benda tu tak terjadi.. HA pun masuk bilik, buat apa yang patut.. tiba-tiba dia nak jumpa waris.. ayong(mira=anak sulung arwah) pun kata saya anak dia.. kenapa ye en.. hamba masa tu tengah pegang mak ngah.. HA tu pun kata, mak mana.. mak ngah pun pergi.. 

HA: puan, saya nak bagi tahu ni, yang dia ni dah tak de

ya allah.. bagai nak luruh jantung ni.. mak ngah dah meraung.. semua dah menangis.. tapi hamba kuatkan hati..

mak ngah: kak long, ayah ngah da tinggalkan mak ngah kak long.. macam mana ni kak long.. ayah ngah tak sempat tengok anak besar..
hamba hanya mampu bercakap, mak ngah, sabar mak ngah.. allah sayangkan ayah ngah.. kita redha je mak ngah.. 

mak ngah: kat mana kita nak bawak ayah ngah ni.. boleh ke bawak pergi rumah mak.. mak ngah tak kuat
hamba: sekarang ni kaklong balik dulu.. kak long kena sampaikan benda ni kat mak, kita bawak ayah ngah pergi rumah mak.. kat sana senang sikit..
mak ngah: mak ngah ikut je..

amirah, anis, anas, amir masing-masing pujuk  antara satu sama lain.. tak dapat hamba bayangkan kalau hamba di tempat mereka..

hamba pun bawak balik amir, anak balik rumah.. minta tolong deme angkat kerusi meja, kemas apa yang patut.. sambil tu hamba suruh sedekahkan alfatihah untuk ayah..

hamba sampai rumah kejutkan mak.. nak longgar lutut ni masa nak beritahu mak pasal kematian ni.. hamba kejut mak pelan-pelan..

hamba: mak, mak, bangun..
mak: ye.. kenapa..
hamba: mak, kak long nak cakap sesuatu ni.. tapi mak kena tenang, istigfar, mengucap banyak2..
(dalam 2 minit macam 2) 
hamba: mak ayah ngah dah tak de
mak: ooo..ayah ngah pergi kerja..
hamba: bukan, ayah ngah dah meninggal..
mak: innalillahiwainnalillahirajiun.. anak mak dah tak de..
hamba: yer.. sekarang ni jenazah nak bawak rumah mak, jom ler kita kemas..
mak: yer..telefon ummi, mama
hamba: ok

hamba pun call ummi..
ummi: hello assalamualaikum
hamba: w'salam.. ummi (sambil menangis).. ayah ngah dah tak de.. ayah ngah dah meninggal..
ummi: apa dia.. ulang balik..
hamba: ayah ngah dah meninggal, ayah ngan tak de dah..
ummi: ha.. macam mana boleh jadi..
hamba: ayah ngah sakit dada tadi..lepas tu terus tak de.. ummi balik la..
ummi: ye.. ummi balik.. kemas apa yang patut.. siapkan tempat mandi..
hamba: ok

~~ummi macam tak percaya apa yang hamba cakap.. bukan ummi je.. mama pun sama jugak.. siap kata lagi, kak long jangan main-main.. mama call 2x bagi makesure yang hamba tak mengigau..~~

masa tu mak nampak kuat lagi.. dah kitorang angkat apa yang patut, tunggu punya tunggu jenazah tak sampai-sampai.. sebab mak ngah kata nak minta tolong ambulans bawakkan.. hamba pun tunggu.. dalam 30 minit tu tak sampai jugak.. hamba pun pergi balik rumah mak ngah..mak ngah kata kena tunggu van jenazah.. ambulans tak boleh bawak.. hamba masuk jenguh ayah ngah dalam bilik, tengok amira, anis tengah baca yassin.. sayu je.. tak lama lepas tu van jenazah sampai.. hamba pun minta tolong deme angkat meja makan kat rumah ni.. almaklumlah, hamba ni perempuan.. tak daya nak angkat meja berat-berat ni.. mak pown nmpak ok lagi.. pastu deme pown angkat keranda masuk rumah, hamba tengok mak ngah peluk mak.. hamba masuk bilik.. tak sanggup nak tengok.. tapi hamba dengar apa yang mak n mak ngah cakap..

mak: anak mak, anak mak.. anak mak dah tak de.. sambil tu mak mengucap panjang
mak ngah: abang dah tak de mak.
.

kitorang pun memang meraung jugak lah.. memang tak baik kite meraung, tapi memang tak dapat nak kawal da.. start pukul 3 pagi tu memang dah mula orang datang.. 3 pagi orang datang.. ye.. memang ye.. mula-mula ayah mak ngah sampai, pastu mak cik tun, abg mi, acik, kakak mak ngah.. kitorang mulakan dulu baca yassin pagi tu jugak.. tapi hamba sure2 la baca dalam bilik.. bukan nak menyombong.. tapi hamba tau kat mana kekuatan hamba.. yang datang semua menangis.. macam mana hamba nak tahan nangis..

lepas subuh, buat bacaan yassin kat masjid.. dalam pukul 7 memang orang dah mula datang rumah.. mula-mula orang masjid datang buat tahlil.. walaupun hari kerja.. memang ramai sangat yang datang.. lepas tu mulalah sahabat-sahabat, sanak saudara yang datang.. semua terkejut dengan berita kematian.. sebab malam sebelum arwah meninggal, arwah kerja.. masa kerja tu arwah ada mengadu sakit dada.. kawan arwah kate, balik lah dulu rehat.. arwah kata tak boleh.. nak siapkan kerja.. arwah memang seorang yang komited dengan kerja.. dalam pukul 11.30 malam arwah sampai rumah.. arwah sempat basuh, jemur baju.. lepastu arwah ajak mak ngah tidur.. katanya penat.. dah tidur tu arwah mengadu sakit dada.. mak ngah ambil minyak, sapu kat dada.. lepas tu ayah ngah kata kebas kat mulut.. mak ngah urut2.. arwah kata tidur lah dulu.. mak ngah tidur n tersedar arwah bergerak.. mak ngah pergi cari ubat kat dapur, tiba-tiba dengar arwah sebut ALLAH.. mak ngah meluru masuk bilik.. dan ayah ngah pun pengsan.. hamba rasa masa pengsan tu dah tak de..

senang je pemergiannya.. pergi dengan senang dan tak menyusahkan orang lain.. pergi pada hari jumaat.. arwah atuk dulu pun malam jumaat jugak.. sebelum arwah pergi, tak de pulak tunjukkannapa-apa perubahan.. langsung tak nampak perubahannya.. cuma malam sebelum tu ayah ngah datang rumah.. tapi tak sembang apa-apa pun dengan hamba.. ayah ngah senyum jer.. 

1/1 ritu ayah ngah suruh beli ais krim.. katanya beli banyak-banyak.. simpan dalam peti ais.. nanti orang datang jamu lah.. hamba pun memang tak ambil port sangat.. sebab rumah ni memang selalu orang datang ziarah mak.. rupa-rupanya ramai yang datang menziarah arwah...

30/12 ayah ngah kata kalau apa-apa pun jadi kak long tetap yang sulung.. apa-apa rujuk kak long.. (terasa macam itu amanat terakhir arwah)

banyak lagi pesanan..tapi biarlah hamba simpan dalam hati ini.. ayah ngah meninggal pada hari yang baik.. dikebumikan bersebelahan dengan kubur arwah atuk.. yang datang menziarah subhanallah.. ramainya tak terkata.. arwah memang dikenali orang.. baik orang nya.. semoga arwah bersemadi dengan tenang disana.. semoga mak ngah, amirah, anis, anas, amir, mak dan seluruh ahli keluarga tabah dalam menghadapi dugaan ini.. insyaallah kita berpisah di dunia yang sementara ini, tetapi kita akan bersatu di akhirat kelah.. di syurga kekal abadi.. hanya itu doaku.. segala pesan ayah ngah akan kak long cuba tunaikan.. tiada lagi panggilan lo' lo' kepada diri hamba.. kerana arwah yang gemar memanggil hamba dengan gelaran tu.. perginya seorang bapa saudara, teman, sahabat~~

firman allah:
katakanlah: sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia akan beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan (al jumu`ah:8)


mak ngah dan ayah ngah

murah dengan senyuman.. 



alfatihah~~ 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...