hamba allah

nama diberi nurul adibah binti zainolabidin. berasal dari ipoh perak. mendapat pendidikan awal di tadika kemas kg tengku hussin. kemudian di sekolah rendah/menengah tarcisian convent tahun 1 hingga form 3. n berpindah ke sekolah menengah teknik ipoh. sekarang menuntut di politeknik ungku omar. diploma akauntansi. anak sulung dari 5 orang adik beradik. 2 perempuan 3 lelaki. menulis pada blog ni sebagai hobi sahaja. dan merupakan hak peribadi yang sedikit sebanyak boleh dikongsi. jika ade kata-kata di dalam blog ini yang menyentuh hati kalian yang membaca harap maaf ye. tidak berniat untuk menuju kepada sesiapa, kerana disamping menulis ini juga, sama2 mengingati diri ini. jika ade terkasar bahasa, harap dimaafkan ye. nurul.adibah91@yahoo.com ukhwah fillah, abadan abada

Friday, November 29, 2013

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun?

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pasti Adam akan merasa sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupan.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok dan tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani). Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tudang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaan, dengan hati dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh dengan kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang taat.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut seperti yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, 

"Jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya."

Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan jamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik berikan dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.



Tuesday, November 26, 2013

calling

Assalamualaikum

Hyeppp.. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah... bersyukur sangat.. hari ni genap setahun...haaa.. genap setahun.. apakah.. hahaha.. macam suspen je kan.. actually genap setahun hamba interview untuk SPA.. ingat lagi tak.. pasal tawaran ditarik balik sebab tak ada cert diploma lagi hari tu.. ingat kann

Semalam En Putra dari Putrajaya call.. udah la hamba memang mengantuk kan.. memang terus segar la.. ade short interview sikit dengan dia.. alhamdulillah semuanya ok.. cert dip pun da faks kat dia.. mungkin akan berakhir penantian ni.. penantian memang satu penyiksaan kan.. hehehee. Ayat ta boleh go.. ye la.. lepas ni ade mission yang perlu dicapai..

Moga allah permudahkan segalanya

Daaa

Monday, November 18, 2013

skin problem

Assalamualaikum... 

Macam.mana iman hari ini.. meningkat atau sebaliknya.. harapnya meningkat la.. sama-sama mengingatkan... okkk.. untuk entry kali ni macam sodih pun ade.. tape-tape.. tayah sodih yer..

Haaa.. sodih kenapa.. sebabnya skin problem menjelma balik.. tapi lagi worse dari sebelum-sebelum ni.. tapi masalah kali ni naik ke muka.. weyhhhh.. mmg menderita kot.. kalau dulu kat tangan.. muka ta naik banyak sangat.. boleh jugak cover.. ini kat muka.. baru je kena matahari sikit da mula la dia buat hal.. rasa malu tu tayah cakap apa la.. cuma masa ni ambil keputusan tak mau jumpa sape2.. cukup lah budak2 office.. (kalau buat testimonu produk rasanya ramai yang beli kot) kuikuikui.. tak kuase.. 

Bila da kulit makin teruk tu mula2 try la makan suppliment.. idak jugak baik.. jadi lagi teruk ada la.. and atas nasihat ummi abah ke klinik boyfriend jugak la terpaksa kujejaki *ayat sastera*.. Sebenarnya ikut hati nak g klinik nagoke.. tapi dah rekod ade kat dr fong kan so continue la kat sana je..

So masa masuk je klinik tu memang agak pelik la klinik ta ramai orang. fyi kalau datang je klinik ni kan letak je la kad dulu.. pastu dan la g ronda mana-mana.. orang yang datang tak tau la nak cakap.. rupa-rupanya dr ganti.. dr yang first hamba jumpa dulu. ecece.. hehe.. alhamdulillah after consume ubat-ubat yang dr bagi skin da ok.. syukur alhamdulillah.. kalau tak baik lagi tak tau la.. dah la tengah bulan kan.. melayang RM100++ semata-mata nak g jumpe dr ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...