hamba allah

nama diberi nurul adibah binti zainolabidin. berasal dari ipoh perak. mendapat pendidikan awal di tadika kemas kg tengku hussin. kemudian di sekolah rendah/menengah tarcisian convent tahun 1 hingga form 3. n berpindah ke sekolah menengah teknik ipoh. sekarang menuntut di politeknik ungku omar. diploma akauntansi. anak sulung dari 5 orang adik beradik. 2 perempuan 3 lelaki. menulis pada blog ni sebagai hobi sahaja. dan merupakan hak peribadi yang sedikit sebanyak boleh dikongsi. jika ade kata-kata di dalam blog ini yang menyentuh hati kalian yang membaca harap maaf ye. tidak berniat untuk menuju kepada sesiapa, kerana disamping menulis ini juga, sama2 mengingati diri ini. jika ade terkasar bahasa, harap dimaafkan ye. nurul.adibah91@yahoo.com ukhwah fillah, abadan abada

Sunday, January 19, 2014

oh no!!!

assalamualaikum..

tajuk entry.. banyak question mark kan.. of coz la weyh... 15 Januari 2014 detik keramat.. sabor je la den.. detik keramat masa tu kena lapor diri kat MACA Malaysia Anti Corruption Academy.. citer sikit pasal MACA ni la kan, Maca ni macam pusat training atau nak lebih faham lagitempat berkumpulnya ahli-ahli sprm.. letaknya kat jalan duta.. tapi nak masuk ke dalam tu jenuh.. jalan berbelit-belit.. masa lapor diri pukul 8.. tapi disebabkan kesesakan lalu lintas (ayat nak skema) maka pukul 8.30 pagi baru sampai.. tapi buat muka relaks je.. hahaha.. sebab ramai yang sama-sama datang lewat.. tak kisah sangat la kan.. asalkan datang ada yang beratur lagi ok la kan.. tak la nak kategorikan lambat sangat..

kul 8.30 tu diorang cek nama lepas tu bagi fail nak di isi.. isi jugak la.. dah tak tau nak buat ape kan.. punya banyak la.. tangan da la lama tak menulis.. keras je rasanya.. lepas tu dalam pukul 10.30 makan pagi.. makan pagi disediakan.. macam tak percaya.. tapi itu lah yang terjadi.. bukan kami kami je yang dapat makan.. yang menghantar pun sama juga.. dapat makan sekali.. bagus kan..

lepas makan ada sesi taklimat.. dan masa inilah kitorang dapat tahu yang kitorang akan di "posting" selama 2 bulan.. dalam hati takkan dapat sabah sarawak.. kos tinggi kot.. nak pergi kejap je.. sekali.. ambikkkkk..


percaya takpercaya kena percaya jugak.. maka bermula lah adegan sakit kepala.. mana tak sakitnya.. habis lebih kurang jam 1 tengah hari.. lepas tu esoknya kena lapor diri.. kalau sabah tu dekat macam ipoh-kl tahan la lagi.. ini berapa ribu km entah la.. dengan rumah tak dapatnya.. tiket kena beli.. hamba pun call SPRM Sandakan minta untuk penangguhan.. alhamdulillah allah permudahkan, permohonan di luluskan.. yang kesian siapa yang dapat posting ke Kuching.. tak boleh tangguh.. mampu tumpang kesian je la.. lepas tu settlekan semua balik ipoh ambil baju, ahad pagi baru ke Sandakan.. Ofcoz la my beloved ummi abah yang hantarkan.. takdenye mau nak lepas sorang2 kan.. 22 tahun hidup dalam ipoh, tiba-tiba kena campak jauh.. 

sampai je ahad terus cari rumah semua.. tapi tak dapat.. takpe diba tak pe.. pelan-pelan..

itu saja untuk entry kali ni.. 

doakan semuanya selamat dan berjalan lancar

Sunday, January 5, 2014

powerbank murah!!!

Assalamualaikum...

First time cuba update blog by fone.. tak ade kena mengena nak tunjuk boleh update gna fone je ok.. sebabnya tak ade lappy nak update.. tapi dah keboringan yang agak terlampau cari jugak inisiatif nak buat something.. sehari dua ni diuji dengan kesihatan yang ta berapa stabil.. tak apa.. kifarah dosa.. tak apa sakit sekarang pun.. jangan sakit masa lapor diri nanti..

Okeyy.. dah panjang sangat mukadimah nye kan.. ni hamba nak citer pasal powerbank.. zaman ni abad ni kan kebanyakkan teenage eh. Bukan teenage je kan mak mak kite abah abah kite pun ade jugak yang bergantung kepada smartphone... alkisahnya bila dah bergantung 0ada smartphone ni mulalah kan battery ni memanjang je low.. ok.. ni sangat stress tau.. sebelum ade pb ni masa tu guna hanset lama la.. memanjang je usung adapter tau.. dalam hb tu la benda wajib ade.. asal jumpe plug je da suka ati.. tapi tu citer dulu la..

Sekarang dah tak payah pening2 tak payah susah ati.. ade duit semua jalan.. hakikat sebenar kehidupan sekarang.. hamba pun try survey2 pb ni.. google fb ig semua dah geladah.. cari yang paling murah.. tapi nak jenama pineng.. fyi sepanjang mencari ni kan jenama ni smuanya mahalkemain lagi.. tapi dah rata2 yang ada pb banyal promote pineng ni.. so terpengaruh la sikit..

Sejak dah kerja ni bab2 nak membeli jadi cerewet 2x ganda.. coz ape.. keje dulu tau la.. penat tau nak cri duit.. so kena hargai.. terima kasih ummi abah.. selama ni apa nak semua dapat.. dah cari duit sendiri baru tau payah nye nak dpat sesuatu keinginan tu.. kekeke..

Panjang dah melalut

Okey.. dah search semua tu hamba jumpe satu ig yang tawarkan harga berlipat kali ganda murahnya.. tak percaya try cari ig uwais1991.. kat fb kedai handphone dan barangan elektronik.. sorry tak dapat nak bagi link.. pakai hanset ni payah sikit.. harga die memang murah sangat.. hamba pun tak fikir panjang terus oder.. walaupun tak jadi keperluan sekarang hamba saje buat spare.. service pantas da efisyen.. bank in pukul 2 hari selasa.. hari rabu pukul 1 dah sampai... cepat kan.. angguk cepat.. kekeke..

Tu hamba terus suggest kat ig.. ramai kawan2 yang tertarik.. diorang pun kata murah.. nora kata nak nangis akk tgak harga die.. nampak tak nampak tak.. ramai yang msg tanya ok ke tak.. sepanjang guna ni dah 4x full.. ok je.. mungkin untuk note boleh guna 6-7x kot.. rasanyala sebab ni pun tinggal 30% lagi.. bagus kannn.. hehehe.. so nak cari pb pineng carilah uwais1991 okk.. trusted seller.. murat lagi.. jom ramai2 beli secara berjemaah.. sama2 tolong member ok..

Nak upload pic pb tapi ta bolehhhh.. nangis la cenggini

Jaga diri iman amal


P/s dah start coundown nak lapor diri tapi barang tak kemas lagi

Wednesday, January 1, 2014

ahlan wasahlan 2014

assalamualaikum

alhamdulillah masih dipanjangkan usia..  2014 dah datang.. ya Allah takutnya.. mungkin ramai yang tertanya-tanya kan.. takut?? kenapa?? sebabnya takut tak menjadi hamba allah yang taat pada pencipta.. pada rasulnya.. pada ibu bapanya.. pada ahli keluarganya, sahabat-sahabat dan masyarakat.. hmmm :'( 2014 menandakan kita semua semakin muda.. muda dengan kematian.. bersediakah kita bertemu pencipta?? Allahurabbi.. takutnya

2014.. tak tahu lagi apa yang terjadikan.. tapi ingat.. hidup adalah pilihan.. sedih adalah pilihan begitu juga sebaliknya.. kenapa kata macam tu? sebabnya kalau kita memilih untuk bahagia, insyaallah kebahagiaan lah yang akan kita miliki.. hablumminallah, hablumminannas.. berbuat baik dengan allah, berbuat baik dengan manusia.. susah??? tak juga sebenarnya.. semuanya bergantung pada diri kita sendiri.. betul takk...


ok.. bila masuk jer tahun baru kan ramai yang tanya apa azam tahun baru ni.. sebenarnya dari dulu lagi hamba jarang meletakkan azam yang ingin dicapai pada setiap tahun.. dan tahun ni hamba dah bertekad untuk membuat perancangan dengan teliti.. moga Allah permudahkan..


hajat dihati



1. tamatkan alquran sebelum mengikat tali pertunangan (WAJIB) selagi tak tamat jangan nak tamatkan apa-apa..



2. bercinta selepas akad.. mungkin orang kata mudanya dah nak fikir kahwin.. sejujurnya insyaallah hamba bersedia ke arah tu.. tujuan utamanya memohon keredhaan Allah dalam setiap perlakuan.. menjaga hati dari kaum-kaum tersebut.. selagi tiada apa-apa ikatan selagi itu tak capai ketenangan tersebut.. kenapa.. biarlah sahabat-sahabat yang terdekat sahaja yang mengetahui.



3. antara 2. sama ada membeli rumah atau kereta.. bergantung kepada bajet dan keperluan kalau kereta nak beli vios.. abah belanje.. tak tau malu



4. yang paling diharap-harapkan sangat nak bawak ummi abah g buat umrah.. duit baru sorang je yang cukup :'( insyaallah kaklong usahakan lagi.. dah bertukar tempat keje hope sangat boleh menyimpan dengan lebih ekstrem.. doa sangat sebelum penghujung tahun hadapan dah dapat jejakkan kaki kesana.. 



5. kumpul bajet kawen.. hahahaha.. ni angan-angan minah jenin.. walaupun tak bercalon tak salah kan nak kumpul..


doa sangat allah permudahkan segalanya


moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya


ya Allah aku memohon keredhaan mu dalam setiap langkah yang aku lalui


moga Allah redha


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...