hamba allah

nama diberi nurul adibah binti zainolabidin. berasal dari ipoh perak. mendapat pendidikan awal di tadika kemas kg tengku hussin. kemudian di sekolah rendah/menengah tarcisian convent tahun 1 hingga form 3. n berpindah ke sekolah menengah teknik ipoh. sekarang menuntut di politeknik ungku omar. diploma akauntansi. anak sulung dari 5 orang adik beradik. 2 perempuan 3 lelaki. menulis pada blog ni sebagai hobi sahaja. dan merupakan hak peribadi yang sedikit sebanyak boleh dikongsi. jika ade kata-kata di dalam blog ini yang menyentuh hati kalian yang membaca harap maaf ye. tidak berniat untuk menuju kepada sesiapa, kerana disamping menulis ini juga, sama2 mengingati diri ini. jika ade terkasar bahasa, harap dimaafkan ye. nurul.adibah91@yahoo.com ukhwah fillah, abadan abada

Sunday, January 19, 2014

oh no!!!

assalamualaikum..

tajuk entry.. banyak question mark kan.. of coz la weyh... 15 Januari 2014 detik keramat.. sabor je la den.. detik keramat masa tu kena lapor diri kat MACA Malaysia Anti Corruption Academy.. citer sikit pasal MACA ni la kan, Maca ni macam pusat training atau nak lebih faham lagitempat berkumpulnya ahli-ahli sprm.. letaknya kat jalan duta.. tapi nak masuk ke dalam tu jenuh.. jalan berbelit-belit.. masa lapor diri pukul 8.. tapi disebabkan kesesakan lalu lintas (ayat nak skema) maka pukul 8.30 pagi baru sampai.. tapi buat muka relaks je.. hahaha.. sebab ramai yang sama-sama datang lewat.. tak kisah sangat la kan.. asalkan datang ada yang beratur lagi ok la kan.. tak la nak kategorikan lambat sangat..

kul 8.30 tu diorang cek nama lepas tu bagi fail nak di isi.. isi jugak la.. dah tak tau nak buat ape kan.. punya banyak la.. tangan da la lama tak menulis.. keras je rasanya.. lepas tu dalam pukul 10.30 makan pagi.. makan pagi disediakan.. macam tak percaya.. tapi itu lah yang terjadi.. bukan kami kami je yang dapat makan.. yang menghantar pun sama juga.. dapat makan sekali.. bagus kan..

lepas makan ada sesi taklimat.. dan masa inilah kitorang dapat tahu yang kitorang akan di "posting" selama 2 bulan.. dalam hati takkan dapat sabah sarawak.. kos tinggi kot.. nak pergi kejap je.. sekali.. ambikkkkk..


percaya takpercaya kena percaya jugak.. maka bermula lah adegan sakit kepala.. mana tak sakitnya.. habis lebih kurang jam 1 tengah hari.. lepas tu esoknya kena lapor diri.. kalau sabah tu dekat macam ipoh-kl tahan la lagi.. ini berapa ribu km entah la.. dengan rumah tak dapatnya.. tiket kena beli.. hamba pun call SPRM Sandakan minta untuk penangguhan.. alhamdulillah allah permudahkan, permohonan di luluskan.. yang kesian siapa yang dapat posting ke Kuching.. tak boleh tangguh.. mampu tumpang kesian je la.. lepas tu settlekan semua balik ipoh ambil baju, ahad pagi baru ke Sandakan.. Ofcoz la my beloved ummi abah yang hantarkan.. takdenye mau nak lepas sorang2 kan.. 22 tahun hidup dalam ipoh, tiba-tiba kena campak jauh.. 

sampai je ahad terus cari rumah semua.. tapi tak dapat.. takpe diba tak pe.. pelan-pelan..

itu saja untuk entry kali ni.. 

doakan semuanya selamat dan berjalan lancar

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...