hamba allah

nama diberi nurul adibah binti zainolabidin. berasal dari ipoh perak. mendapat pendidikan awal di tadika kemas kg tengku hussin. kemudian di sekolah rendah/menengah tarcisian convent tahun 1 hingga form 3. n berpindah ke sekolah menengah teknik ipoh. sekarang menuntut di politeknik ungku omar. diploma akauntansi. anak sulung dari 5 orang adik beradik. 2 perempuan 3 lelaki. menulis pada blog ni sebagai hobi sahaja. dan merupakan hak peribadi yang sedikit sebanyak boleh dikongsi. jika ade kata-kata di dalam blog ini yang menyentuh hati kalian yang membaca harap maaf ye. tidak berniat untuk menuju kepada sesiapa, kerana disamping menulis ini juga, sama2 mengingati diri ini. jika ade terkasar bahasa, harap dimaafkan ye. nurul.adibah91@yahoo.com ukhwah fillah, abadan abada

Wednesday, February 5, 2014

mawar berduri

meningkat usia, acap kali ditanya mengenai jodoh. bukan tidak mahu menjawab ucapan kalian. tetapi bukan masanya lagi. hamba juga seorang muslimat yang  kadang-kadang tercubit dengan rasa ingin dikasihi. tetapi hamba sedar. bukan ini masanya.

berada di negeri orang yang tiada siapa-siapa di sini. sahabat disini hanyalah di pejabat dan di rumah. lagi perasaan ingin berteman itu membuak-buak. tetapi dipujuk juga hati jangan terlampau tergopoh gapah.. sabar.. insyaallah tiba masanya dipanjangkan usia, di izinkan Allah masaku juga akan tiba. 

yang ingin menjadikan sayap kiri,

mawar berduri ini sudah ada pilihan. bukan pilihan dari dirinya. bukan juga pilihan dari umi dan abahnya. tetapi pilihan itu datangnya dari Allah. cuma belum masanya untuk menghebahkan siapa. kerana mawar berduri ini merasakan dirinya belum cukup berbakti kepada Penciptanya, kepada orang tuanya.

bila ada yang mengatakan mawar ini selalu mengelak apabila dipersoalkan tentang perkara begini. itulah antara orang yang tidak akan faham matlamat hidup mawar tersebut. lalu mawar tersebut akan bertindak mengatur langkah pergi dari kelompok itu. 

ada yang mengatakan mawar tersebut sandarkan pada kenangan yang lalu sedangkan sepatutnya dia menyandarkan segala apa yang berlaku kepada Allah. ya. mungkin itu pandanganmu. tetapi tahukah yang berkata tersebut apa yang dilalui oleh mawar tersebut. adakah dia tahu mawar tersebut ada berjanji. jika tidak tahu usah berkata apa-apa. sebaiknya risik lah dahulu pada yang lebih mengenali dirinya.

ada yang mengatakan mawar tersebut terlampau memilih kedudukan. memang ya. walaupun kedudukan tidak menjamin apa-apa, tetapi ia merupakan langkah berjaga-jaga di kemudian hari. faham maksud sebenar kedudukan tersebut. bimbang jika di salah ertikan. jika seorang lelaki ada kriteria yang perlu dititikberatkan untuk menjadi pembentuk generasinya yang akan datang, kenapa tidak mawar tersebut. islam ini adil.

jangan ditanya kepada mawar tersebut kriteria sebagaimana yang di impikan untuk menjadi teman hingga ke syurga kerana muslimah tersebut mahu muhasabah dan berbalik semula soalan tersebut kepada dirinya. bukankah lebih baik jika mawar tersebut memfokuskan dirinya menjadi anak yang solehah seterusnya menjadi isteri yang solehah yang akan mendidik anak-anak sebagai ibu yang solehah.

apakah kini ibu bapa telah mendapat anak yang solehah?
apakah suami mawar tersebut kelak akan mendapat isteri yang solehah?
apakah anak-anaknya kelak akan mendapat ibu yang solehah?

ucapan terima kasih kepada yang sudi menjdaikan mawar ini sebagai sayap kirinya dalam perjuangannya. namun satu yang mereka abaikan. iaitu restu umi dan abahnya. telah mawar tersebut ikrarnya cintanya mahal. untuk Allah.

keredhaan Allah terletak kepada keredhaan kedua ibu bapanya

mawar tersebut mahu mendapat keredhaan ibubapa yang selama ini memberikan kasih sayang secara eksklusif, mahal dan tidak setara dengannya. makhlluk Allah yang begitu dia muliakan selain Rasulullah. mereka hampir dengan hati yang mahu membeli hatinya tanpa dahulu membeli hadi kedua ibu bapanya. itu kesalahan terbesar mereka di mata mawar tersebut

ada kumbang yang sekadar memberi salam dan berlalu.
ada kumbang yang singgah bertanya kesudian mawar indah.
ada kumbang yang mahu menguji sejauh mana tajamnya dirimu.

wahai mawar yang berduri, tetapkanlah hatimu. jangan biarkan secebis hatimu diperlakukan oleh kumbang tersebut. memperisterikan mawar berduri bukan seperti memetik bunga ditaman, menawarkan harga ketika membeli di jalanan, tetapi di ibaratkan berjual beli dengan Allah. kerana cintanya mawar berduri hanya pada Allah.

"allahummaj'alni hubbak wa hubba man ahabbak waj'al hubbaka ahabba ilayya minal maail baridi."

pengertiannya: ya Allah kurniakan ku cinta Mu, dan kurniakanlah kepadaku cinta insan yang mencintai diri Mu, dan jadikanlah cinta Mu pada ku lebih aku sukai dari air sejuk.

wallahualam


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...