hamba allah

nama diberi nurul adibah binti zainolabidin. berasal dari ipoh perak. mendapat pendidikan awal di tadika kemas kg tengku hussin. kemudian di sekolah rendah/menengah tarcisian convent tahun 1 hingga form 3. n berpindah ke sekolah menengah teknik ipoh. sekarang menuntut di politeknik ungku omar. diploma akauntansi. anak sulung dari 5 orang adik beradik. 2 perempuan 3 lelaki. menulis pada blog ni sebagai hobi sahaja. dan merupakan hak peribadi yang sedikit sebanyak boleh dikongsi. jika ade kata-kata di dalam blog ini yang menyentuh hati kalian yang membaca harap maaf ye. tidak berniat untuk menuju kepada sesiapa, kerana disamping menulis ini juga, sama2 mengingati diri ini. jika ade terkasar bahasa, harap dimaafkan ye. nurul.adibah91@yahoo.com ukhwah fillah, abadan abada

Thursday, October 11, 2012

hukum wanita menyanyi-Fatimah Syarha


Seorang muallaf mengadu kepada saya, dia tertekan! Dia kini menjadi penyanyi nasyid. Dia tidak senang dengan golongan yang terlalu menghukum dan memaksa dalam isu-isu feqah. Ada kawan muallafnya yang rasa ingin murtad disebabkan hal ini. Mari kita teliti, apakah hukum wanita menyanyi?

Daripada rujukan saya yang terdahulu, kebanyakan ulama tidak membenarkannya. Hinggakan saya hampir menganggapnya suatu isu yang disepakati. Saya meneliti pula pandangan Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Beliau menekankan bahawa suara wanita bukan aurat berdasarkan hujah dan dalil yang mantap. Apapun, belum lagi saya temui pendapatnya secara jelas terhadap hukum wanita menyanyi.

Setelah lama mencari, saya mendapat jawapan daripada murobbi yang saya segani, Ustaz Fauwaz Fadzil Nor. Kata beliau, ini isu khilaf. Guru saya (Al-Qaradhawi) mengatakan wanita boleh menyampaikan lagu di hadapan orang ramai dengan 2 syarat, lagu tidak mempunyai unsur haram dan tiada tarian. Rujuk majalah al-Ustaz, isu no. 4. Saya bersyukur di atas kelonggaran ini. Hargai persamaan, uruskan perbezaan. Moga rakan muallaf saya itu dapat teruskan dakwahnya dengan lebih yakin.

ulasan Dr. Maza: Al-Rubaiyi' binti mu'awwiz menceritakan bahawa:

"Rasulullah s.a.w. datang ke majlis perkahwinanku, lalu baginda duduk di tempat tidurku seperti engkau duduk. beberapa orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu kesedihan mengenang bapa mereka yang terbunuh semasa peperangan Badar sehingga salah seorang dari mereka berkata: "di sisi kami ada Nabi s.a.w yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok". baginda bersabda: "jangan engkau kata begitu, katakanlah apa yang engkau katakan sebelum itu" (Riwayat al-Bukhari).

dalam hadis ini Nabi s.a.w tidak melarang nyanyian gadis-gadis tersebut. lagu yang berlirik sedih yang dinyanyikan oleh mereka juga tidak dilarang oleh Nabi s.a.w.. cumanya  apabila mereka menyebut lirik yang salah atau bercanggahan dengan kebenaran maka ia ditegur oleh Nabi s.a.w. Dalam hadis ini Nabi s.a.w. menegur ungkapan yang menyatakan baginda tahu apa yang akan terjadi pada esok hari. hal ini tidak benar. hanya Allah sahaja yang mengetahui perkara yang bakal berlaku.

maka lirik-lirik nyanyian hendaklah dipastikan tidak menyanggahi syarak seperti bercanggah dengan akidah yang sahih, atau mengajak kepada maksiat, atau membohongi fakta dan seumpama dengannya. demikian juga jika ia diiringi dengan perbuatan yang haram, maka hiburan dalam bentuk seperti itu diharamkan.

seorang muslim hendaklah melihat keluasan syarak ini sekalipun secara individu mungkin tidak menggemarinya. mungkin seseorang yang kuat agama itu tidak gemarkan nyanyian, tapi ia tidak beerti mesti diharamkan terhadap orang lain. sebaliknya hendaklah dia amanah dalam memberitahu keluasan syarak dalam hal ini..

wallahualam

Wednesday, October 10, 2012

beruntungnya menjadi wanita

assalamualaikum.. entry kali ini berkisar mengenai beruntungnya menjadi muslimah.. berkaitan dengan hadis-hadis nabi mengenai wanita. sungguh banyak kelebihan yang diberikan terhadap muslimah.. jom go through:


19 hadis mengenai muslimah

1. doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w. " ibu lebih penyanyang daripada bapa dan doa orang yang penyanyang tidak sia-sia".

2. apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibu melahirkannya.

5. apabila telah lahir anak lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t dan orang yang takutkan Allah s.w.t, akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8. barangsiapa membawa hadiah, ( barang makanan dari pasar lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak nabi ismail.

9. tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia kedalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

10. perempuan apabila sembahyang lima waktu puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendakinya.

11. wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki soleh

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "suaminya". siapa pula berhak terhadap lelaki? "jawab Raslullah s.a.w., "ibunya"

13. apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. wanita yang taat akan suaminya, seua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristigfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. masuklah dari mana-mana pintu yang dikehendakinya dengan tidak dihisab.

16. syurga itu terletak dibawah telapak kaki ibu

17. wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. barangsiapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga

19. daripada Aisyah r.a. " barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka


muslimah sayang.. sungguh tinggi darjatmu.. sungguh sayang Allah kepada hambanya yang bergelar muslimah=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...