assalamualaikum.. semetara nak menunggu isyak ni, belek-belek la tweet dan facebook.. orang lain sibuk mengaji kan.. hamba ni sibuk plak nak membaca tweet orang.. dan dapat lah idea nak menaip untuk entry kali ni..
pelikkan.. tetibe je la nak dapat idea.. kalau tak tu, susah bebeno na menaipnye.. bila kemalasan melanda, macam tu lah jadi nya.. penyakit yang "unik" ni kena ubat sendiri.. itu yag pasti.. tak de sape yang boleh ubat selain dari diri sendiri..
hurrrmm..
dalam membaca tweet n Fb ni kan, tiba-tiba rasa sedih kat hati ni.. sebab ape.. entah la kan.. mungkin hamba ni yang terlampau emosional.. mungkin lah.. bukan ape, hamba tengok manusia sekarang ni suka sangat mengeluarkan perkataan-perkataan yang tak sedap utuk didengar, apa lagi untuk disebut.. dok fikir jugak.. apa yang mereka dapat bila mengeluarkan kata-kata tersebut.. apa perasaan mereka yer??? kepuasan?? hanya mereka jer yang tahu..
bukankah mengeluarkan kata-kata yang elok tu pun medapat pahala.. senang je kan nak dapat pahala.. tapi kita ni yang susah sangat nak ambil peluang tu.. tak kisah la, aak tu tua, ke muda ke, cuba keluarkan kata-kata yang elok.. ini bila marah sikit kat orang lain, tak puas hati sikit, segala maki hamun semuanya terkeluar.. tapi yang lagi sedihnya bila kata-kata tersebut dikeluarkan oleh anak bagsa kita sendiri.. ingat.. nak keluarkan sesuatu tu jangan ikut mata hati sahaja.. allah tak suka.. tapi gunakan akal dan hati yang allah kurniakan pada kita.. apa bezanya kita dengan haiwan kalau kita sendiri tak mahu menggunakan akal untuk membuat sesuatu keputusan..
jangan disebabkan kerana mulut badan binasa.. kita tak tahu macam mana hati orang tu.. kadang-kadag niat kita untuk bergurau disalah ertikan.. tak semua boleh terima cara penyampaian kita.. kerana setiap individu mempunyai personaliti yang berbeza.. mempunyai pendapat yag berbeza.. hati yang berbeza.. jadi hati-hati dalam mengeluarkan kata-kata agar kata-kata tersebut tidak melukakan hati sesiapa..
lagipun, rasanya kita sendiri dididik dari kecil untuk mengungkapkan kata-kata yag baik sahaja.. misalnya bagi keluarga hamba sendiri, jika mengeluarkan perkataan 'AKU' sahaja semasa dirumah, ummi akan stand by dengan cabai burung belakang rumah.. kitorang adik beradik di treat macam tu.. tapi bila masing-masing dah mula masuk sekolah menengah, ade kelonggaran untuk panggilan tersebut.. tapi hanya di luar kaasan rumah sahaja.. tak de sape lagi yang berani membahasakan diri aku di dalam rumah..
jadi, ibu bapa kita sendiri dah mengajar kita untuk bersopan-santun, megeluarkan perkataan yang baik.. mengapa benda yang buruk juga di ambil.. jangan sesekali mengeluarkan ayat.. "relaks lah.. kitorang kan remaja.. so sukahati kitorang la".. please don't said it.. allah suka hambanya membuat kebaikan, tapi allah lebih suka jika hambanya membuat kebaikan di usia muda.. cantik kan ayat tu.. jadi, kenapa kita tak nak sahut apa yang allah suka tersebut.. fikir-fikirkan lah..
jangan disebabkan mulut, orang melabel bukan-bukan pada kita.. seharusnya kita setiasa menjaga hati sesama insan.. okey lah.. nak bersiap untuk solat isyak
wallahualam
No comments:
Post a Comment