hamba allah

nama diberi nurul adibah binti zainolabidin. berasal dari ipoh perak. mendapat pendidikan awal di tadika kemas kg tengku hussin. kemudian di sekolah rendah/menengah tarcisian convent tahun 1 hingga form 3. n berpindah ke sekolah menengah teknik ipoh. sekarang menuntut di politeknik ungku omar. diploma akauntansi. anak sulung dari 5 orang adik beradik. 2 perempuan 3 lelaki. menulis pada blog ni sebagai hobi sahaja. dan merupakan hak peribadi yang sedikit sebanyak boleh dikongsi. jika ade kata-kata di dalam blog ini yang menyentuh hati kalian yang membaca harap maaf ye. tidak berniat untuk menuju kepada sesiapa, kerana disamping menulis ini juga, sama2 mengingati diri ini. jika ade terkasar bahasa, harap dimaafkan ye. nurul.adibah91@yahoo.com ukhwah fillah, abadan abada

Monday, September 3, 2012

open house

assalamualaikum.. untuk entry kali ni open house.. hehe.. nak kata open tu tak la jugak, nak kata close pun x.. hehe.. sebenarnya, kawan2 poli nak datang rumah.. plan punya plan, deme semua datang rumah ahad lepas.. aka semalam.. so, pagi2 ahad tu berhempas pulas menyediakan men yang sepatutnya.. ayat macam gah sangat kan, tapi sebenarnya tak pun.. 



menu untuk kengkawan  nasi ayam, kuah kacang + nasi impit, makaroni + kuah spagetti.. tu je la yang mampu nak masak.. itu pun jenuh la dok kelam kabut.. padahal tak de la ramai sangat yang datangnya.. dalam 30 orang je pun.. hehe..



kat sini nak la share camne na buat nasi ayam tu.. feedback dari semua yang rasa, katanya sedap.. tapi wallahualam la kalau sebaliknya.. kalau nak boleh la cuba masak.. resipi ni dari cik rai kite ni.. hehe..

nasi ayam madu

air rebusan ayam


1 ekor ayam

2 kiub pati ayam
halia (nak bagi rasa sikit)
air secukupnya

bahan perap


* 2 batang serai

* halia
* 1 biji bawang besar 
* 5 ulas bawang putih 
2 sudu makan sos tiram
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar berbeque
2 sudu besar kicap
garam

*kisar


**perap dalam 3-4 jam.. lagi bagus kalau perap lame sikit.. baru bahan perap 2 masuk dalam ayam 2..

nasi


3 batang serai

4cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
* 1/2 biji bawang besar
* halia
* 3 ulas bawang putih

2 kuntum bunga lawang
majerin (agak2.. jagan banyak sangat / sikit.. t x sedap plak)
3 cawan beras
4 1/2 cawan air rebusan
garam
1 paket sup bunjut (x de pun ok jugak)
pati ayam ( x de, xpe)

*tumbuk


cara-cara


1. panaskan majerin

2.tumis bahan-bahan tumbuk, serai, kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang sampai garing dan naik bau
3. masuk sup bunjut (kalau ada)
4. masuk air rebusan ayam
5. masuk beras
6. masuk garam 
7. masak nasi macam biasa

sup


ayam, potong kecik2

air rebusan ayam 
1 paket sup bunjut 
1 kiub pati ayam
1 labu bawang besar, halia (tumbuk)
3 biji bawang putih (tumbuk) 
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
kulit kayu manis 
carrot
daun sup
daun bawang
garam

cara-cara 


1. panaskan sikit minyak, tumis rempah, bawang putih, bawang besar, halia & sup bunjut sehingga garing & naik bau

2. bila dah garing, masuk ayam, biarkan ayam kecut
3. masuk air rebusan ayam
4. masuk kiub pati ayam
5. masuk daun sup & daun bawang

kalau renyah sangat ( cara ummi)

kaki ayam
bawang putih + bawang besar (kisar dengan air)
halia, 

2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
kulit kayu manis 

daun sup + daun bawang

cili


cili kisar

gula
garam
air rebusan

masak atas api kecil



itu je lah.. gambarnye tak sempat nak snap.. hahahahahaha.. tak dan nak amik udah habis.. hehe


















No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...