hamba allah

nama diberi nurul adibah binti zainolabidin. berasal dari ipoh perak. mendapat pendidikan awal di tadika kemas kg tengku hussin. kemudian di sekolah rendah/menengah tarcisian convent tahun 1 hingga form 3. n berpindah ke sekolah menengah teknik ipoh. sekarang menuntut di politeknik ungku omar. diploma akauntansi. anak sulung dari 5 orang adik beradik. 2 perempuan 3 lelaki. menulis pada blog ni sebagai hobi sahaja. dan merupakan hak peribadi yang sedikit sebanyak boleh dikongsi. jika ade kata-kata di dalam blog ini yang menyentuh hati kalian yang membaca harap maaf ye. tidak berniat untuk menuju kepada sesiapa, kerana disamping menulis ini juga, sama2 mengingati diri ini. jika ade terkasar bahasa, harap dimaafkan ye. nurul.adibah91@yahoo.com ukhwah fillah, abadan abada

Thursday, November 18, 2010

Lia, jomlah pergi usrah..Lia, jomlah berdakwah..Lia, ummah semakin koyak

Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya.Aku tidak mahu..Aku kena study

Markah semester lepas dah cukup teruk..Gara-gara dakwah, tarbiah dan program

Aku menyesal megikuti semua itu Bosan!!

Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya. Bukan ke islam tu syumul.Kalau nak berjaya, kena study. Waktu study, studylah.Esok kalau dah berjaya aku buatlah kerja dakwah tu. Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal  dalam pelajaranku Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongkit Jongkang jongkit?

Apa kau merepek ni?

Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam  jongkang jongkit.Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah.Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah.Tu bukan dakwah namanya dan tu bukan belajar namanya.

Habis tu?
Hmm, dakwah dan pelajaran kena  berkadar terus.Tak boleh inversely proportional

Apa maksud kau?
Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah
dalam pelajarannya.Aku tidak faham...



Tak pe, aku terangkan .Macam gini, bila dah berdakwah tu rasa senang je nak study. Bila belajar tentang mitokondria misalnya boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan mitokondria.Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri.Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta.Kenapa? Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah.Rasa senang hati nak terima ilmu kalau orang lain study 1 jam dia hanya perlu study 10 minit sahaja.Sebab apa?Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu.Aku tak pernah rasa semua itu.Lain tu, selama ni kau nak cakap yang  aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?

Tak, itu bukan maksud aku.Cuma kena checklah sikit hati tu.Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah

Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?


Ok, aku berikan contoh.Misalnya waktu buat kerja dakwah tu, terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi.Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah.Ada keraguan dalam hati seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah.Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya.Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi.Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan  dalam doa kita.Kita berdakwah, tapi hati kita tiada

dengan Allah



Lia dah faham

Lia kena banyak muhasabah

Lia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk

Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah

Lia yang tahu hukum berdakwah tidak mengerjakan kerja tersebut



Lia, sahabatku, Seorang ibu pernah mengatakan aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku.Setiap kali aku bergaul dengan  jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam.Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam Lia, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku.Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri .Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah.Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya.Lia, aku ingin berkongsi dua kisah,Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam  Hassan AlBanna Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada dalam mandala ini.



Lia, kau pastinya arif mengenai  Assyahid Imam Hassan AlBanna. Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya. Tanyakan sahaja di  jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah .



Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Lia, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.



Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan

Assyahid Imam Hassan Al Banna:



Allah, dengan sifat ArRahaman danArRahimNya, memberi ketenangan dan kepuasan kepada hambaNya yang beriman apabila Dia mahukan segala sesuatu urusan/ perkara Dia akan mempermudahkan hambaNya itu untuk mencapainya. Pada malam sebelum ujian nahu, saya telah bermimpi. Di dalam mimpi tersebut, saya sedang berada dalam sebuah perahu bersama-sama ulama yang terkenal.Perahu itu sedang berlayar di Sungai Nil. Salah seorang ulama itu menghampiri saya. Dia memakai pakaian orang-orang di pedalaman Mesir. Dia menyoal saya, Dimana syarah (huraian) Ibnu Aqeel mengenai al-Afiyah? Saya menjawab, Ini dia! Katanya, Mari kita ulangkaji sebahagian darinya.Buka ke muka surat sekian-sekian . Saya pun membuka ke muka surat-muka surat yang disebutkannya dan mula mengulangkaji. Kemudian saya terkejut jaga. Saya sangat gembira. Pagi esoknya saya menduduki ujian. Saya dapati kebanyakan soalan datang dari muka surat-muka surat yang saya baca di dalam mimpi tersebut. Ini semua adalah rahmat Allah. Allah telah memberi rahmat istimewa kepada saya. Mimpi yang benar adalah sumber maklumat kepada seorang Mukmin. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.



Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin. Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya.  Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik.



Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah. Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat. Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah.



Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah - Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya. Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah. Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya.



Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain. Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab "Aku tak suka membanding-bandingk an apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun.



Lia, saya teringat email yang pernah saya terima dari seorang kawan.Tulisannya benar-benar terkesan di hati saya. Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil. Kisah ini kisah benar. Saya namakan wanita ini A. A memerlukan tongkatuntuk berjalan. A tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi. Satu sahaja keinginan A. A ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah.



keinginan A tercapai. Bila A belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah. Bila A berjaya masuk keuniversiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Bila A menyudahkan pelajarannya, sekali lagi  manusia mengucapkan Subhanallah. Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah apabila A mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman.Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu A berikan kepada suaminya. Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan A dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna. Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Dengan kecacatanya, A masih mampu membuat manusia mengingati Allah. Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama. Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum. Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa panji bendera Islam.Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh. Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah.



Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya.



Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan  sesuatu untuk Islam. Ayuh berada dalam saf perjuangan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...