hamba allah

nama diberi nurul adibah binti zainolabidin. berasal dari ipoh perak. mendapat pendidikan awal di tadika kemas kg tengku hussin. kemudian di sekolah rendah/menengah tarcisian convent tahun 1 hingga form 3. n berpindah ke sekolah menengah teknik ipoh. sekarang menuntut di politeknik ungku omar. diploma akauntansi. anak sulung dari 5 orang adik beradik. 2 perempuan 3 lelaki. menulis pada blog ni sebagai hobi sahaja. dan merupakan hak peribadi yang sedikit sebanyak boleh dikongsi. jika ade kata-kata di dalam blog ini yang menyentuh hati kalian yang membaca harap maaf ye. tidak berniat untuk menuju kepada sesiapa, kerana disamping menulis ini juga, sama2 mengingati diri ini. jika ade terkasar bahasa, harap dimaafkan ye. nurul.adibah91@yahoo.com ukhwah fillah, abadan abada

Wednesday, June 19, 2013

chocolate lava kek

assalamualaikum..

untuk entry kali ni hamba nak share resipi chocolate lava kek.. kepada penggema-penggemar coklat seperti hamba rugi tau kalau tak try.. sedap.. tak tipu.. nak buat pun senang je.. ta cerewet mane pun okey.. oleh disebabkan barang-barang pun ade, keinginan nak makan pun meluap-luap barang-barang pun ada maka terhasil lah chocolate lava ni..

resipi ini di ciplak dari tekan sini la..

bahan-bahan
1 cawan coklat chip (hamba tukar dengan coklat masak.. kikis-kikiskan bagi dapat secawan)
6 sudu besar butter~~ biarkan dalam suhu bilik
1 sudu besar serbuk koko
secubit garam (optional)
2 biji telur gred A
1 kuning telur
3 sudu besar gula kastor
3 sudu besar tepung gandum~~ayak (hamba guna tepung kek)

cara-caranya
1. satukan coklat masak dengan butter dalam bekas dan masak secara double boiler hingga cair.
2. masukkan serbuk koko dan garam, kacau rata dan angkat ketepi.. sejukkan.
3. pukul telur dan gula hingga kembang selama 3 minit dan masukkan adunan coklat, pukul sebati dan rata.
4. masukkan tepung dan gaul guna spatula sehingga sebati.
5. tuang dalam acuan yang telah di gris, simpan dalam peti ais selama 5 minit.
6. panaskan oven. bakar kek pada suhu 210c selama 10-13 minit,, jangan terlebih masak..
7. dah masak keluarkan dari acuan dan terus potong untuk mendapatkan lava..

**kek ni sedap kalau makan suam-suam.. terasa nikmat coklat tu..

mane picnyer kan..

i will upload latter.. sebabnya gambar kat hansetku..

selamat mencuba =)






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...