assalamualaikum
kadangkala kita tidak pandai menghargai kehadiran seseorang yang bermakna dalam hidup kita.. kita menafikan dan mensia-siakan kehadirannya di sisi kita.. dan apabila dia sudah kecewa dengan apa yang telah kita lakukan, dia akan pergi jauh dari kehidupan kita.. dan apabila tiba satu masa, kita mula sedar dan menginginkannya, barulah kita sedar menganai kehadirannya sebelum ini dan mula mencarinya semula, namun saat itu sudah tidak bermakna kerana dia telah jauh membawa diri..
manusia akan menghargai sesuatu apabila dia telah merasa kehilangan sesuatu bagi dirinya..
biarkan cinta itu pergi kerana aku yakin cinta sejati pasti akan kembali.. kerana Allah telah menjanjikan jodoh yang terbaik bagi setiap hambanya..................:)
#kadang-kadang kita berdoa untuk kuat...#
#tapi terlampau banyak dugaan tang perlu ditempuh...#
#kadang-kadang kita minta cerdik...#
#tapi masalah pula yang timbul...#
#kadang-kadang kita minta bahagia...#
#tapi huru hara yang datang...#
#dugaan menjadikan mental kita kuat#
#masalah menjadikan kita berfikir dengan lebih hebat#
#huru-hara menjadikan kita tabah#
#allah hebat.. semuanya ada hikmah disebalik apa yang berlaku.. pada setiap satu yang diciptakannya#
JANGAN MENGELUH DUHAI HATI!!
HARI INI
sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkanlah tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.
sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, fikirkanlah tentang seseorang yang tidak punya apa-apa untuk di makan.
sebelum kamu mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkanlah seseorang yang meminta-minta di jalanan.
sebelum kamu mengeluh bahawa nasib kamu buruk, fikirkanlah tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk dalam hidupnya.
sebelum kamu mengeluh tentang pasanganmu, fikirkanlah tentang seseorang yang terus memohon kepada Allah SWT untuk diberikan pendamping hidup.
sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, fikirkanlah seseorang yang meninggal terlalu cepat.
sebelum kamu mengeluh tentang zuriatmu, fikirkanlah seseorang yang inginkan zuriat tetapi mandul.
sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah menyetir, fikirkanlah tentang seseorang yang menempuh jalan yang sama dengan berjalan
dan
sebelum kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, fikirkanlah tentang pengangguran, orang-orang "istimewa" yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kamu.
sebelum kamu menunding jari ke arah orang lain, ingatlah bahawa kita juga seorang pendosa.
dan ketika kamu bersedih hidupmu dalam kesusahan, senyum dan bersyukurlah Allah SWT kerana kamu masih hidup.........................:)
bukan hidup kalau tidak di uji. sesungguhnya allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.. Allah tidak akan menurunkan sesebuah ujian di luar kemampuan hambanya (surah al-baqarah)
wallahualam~~

No comments:
Post a Comment