hamba allah

nama diberi nurul adibah binti zainolabidin. berasal dari ipoh perak. mendapat pendidikan awal di tadika kemas kg tengku hussin. kemudian di sekolah rendah/menengah tarcisian convent tahun 1 hingga form 3. n berpindah ke sekolah menengah teknik ipoh. sekarang menuntut di politeknik ungku omar. diploma akauntansi. anak sulung dari 5 orang adik beradik. 2 perempuan 3 lelaki. menulis pada blog ni sebagai hobi sahaja. dan merupakan hak peribadi yang sedikit sebanyak boleh dikongsi. jika ade kata-kata di dalam blog ini yang menyentuh hati kalian yang membaca harap maaf ye. tidak berniat untuk menuju kepada sesiapa, kerana disamping menulis ini juga, sama2 mengingati diri ini. jika ade terkasar bahasa, harap dimaafkan ye. nurul.adibah91@yahoo.com ukhwah fillah, abadan abada

Tuesday, December 31, 2013

last day

assalamualaikum..

hari ni 31/12//2013.. jadinya hari ini merupkan hari terakhir 2013.. kejap je kan. pejam celik da masuk 2014 da.. huhu.. 


2013..


 tahun yang banyak diuji.. menguji ketabahan kami sekeluarga.. permulaan awal tahun dikejutkan dengan pemergian ayah ngah.. sebut je mesti rasa sebak.. **kesat air mata** tak ada sakit tak ada apa dia pergi menghadap illahi.. lepas tu seorang demi seorang pergi.. aunty chah, wan nyah, uncle jojo.. 4 orang sekali dalam setahun ni.. kiranya pangkat makcik pakcik yang rapat la.. sampai hamba pernah kata cepat la habis tahun ni.. takot sangat.. tapi mak kata buat apa nak takot.. buat apa nak nangis.. berapa tahun dah hidup Allah bagi suka je kan.. baru tahun ni Allah uji sikit kita dah takmau bangun. baik makkk.. hmmmm.. tapi memang betul pun kan.. selama ni Allah bagi suka.. bila Allah jentik sikit je kita mula nak mengalah.. 


tahun ni jugak la angan2 nak tamatkan zaman bujang tak jadi.. atas sebab-sebab yang tertentu.. kita hanya merancang kan.. Allah yang menentukan.. insyaallah ada jodoh tak kemana.. tapi kalau dah hati ini mula tertutup macam mana.. kawan-kawan banyak bagi support.. kmu muda lagi.. jangan mengalah.. tapi yang rapat akan faham hamba kalah dengan hati.. susah untuk menerima berat untuk melepaskan.. dahhhhh.. bangun diba bangun. jangan biarkan kesedihan menyelubungi diri.. 



stop cerita pasal sedih-sedih ni!!

hmmm.. boring la asik nak sedih je kan.. **kesat balik air mata**

haaa.. tahun ni juga hamba mendapat segulung diploma.. diploma akauntansi.. ala diploma je.. tu pun nak kecoh.. biar lah.. tahu tak macam mana susahnya nak dpat diploma ni pun.. air mata dok keluar je.. tambah lagi masa sem 5.. susah tau.. susah nak faham sama.. tapi banyak main.. nasib badan la.. sendiri cari penyakit kan.. alhamdulillah itulah salah satu detik bahagia.. sambut dengan lovely family, lovely friend.. heaven.. walaupun someone yang memang diharapkan sama ada pada masa tu ada tapi tak ada..







hujung bulan 6 plak.. trip with my lovely bff.. 100% guna duit sendiri hasil titik peluh.. first time.. first trip.. g ngan are dari ipoh.. lepas tu sampai sabah mona yang uruskan semua nya.. best nye Allah je yang tau.. first trip sendiri kan.. sebelum ni kalau ngan kawan-kawan pun mesti under PRS.. insyaallah lepas ni ade trip yang lain.. tak sabarrrr


bulan 12 plak dapat surprise dari SPA. thank you spa.. you made my day.. ececece.. padahal tak mau g.. insyaallah 15 januari 2014 bakal memegang jawatan penolong pegawai siasatan.. dupdapdupdap.. semoga allah permudahkan langkah ini.. walaupun banyak yang bagi respon negatif dari positif.. tape.. ummi abah redha.. go on je.. bukan setakat redha memang suh pergi terus dah.. tak fikir ape..

ehhh.. ada lagi satu yang sedih nak gtau.. hari ni last day kat aljeffri.. sedih.. baru je nak bina kerjaya kat sini.. tapi allah bagi sekejap je.. sedihhh.. ingat dapat la dalam 3 tahun kat sini.. tapiiiii.. hmmmm.. baru nak rapat ngan semua.. insyaallah walaupun tak ada kat office ni aljeffri tetap jadi ingatan.. ye la kan.. first company hamba keja kat sini la.. masa praktikal dulu.. tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat mencari rezeki..

itu sahaja.. moga allah pelihara langkah kaki ini.. moga 2014 memberi sinar baru.. impian 2013 akan dibawa ke 2014.. insyaallah



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...