hamba allah

nama diberi nurul adibah binti zainolabidin. berasal dari ipoh perak. mendapat pendidikan awal di tadika kemas kg tengku hussin. kemudian di sekolah rendah/menengah tarcisian convent tahun 1 hingga form 3. n berpindah ke sekolah menengah teknik ipoh. sekarang menuntut di politeknik ungku omar. diploma akauntansi. anak sulung dari 5 orang adik beradik. 2 perempuan 3 lelaki. menulis pada blog ni sebagai hobi sahaja. dan merupakan hak peribadi yang sedikit sebanyak boleh dikongsi. jika ade kata-kata di dalam blog ini yang menyentuh hati kalian yang membaca harap maaf ye. tidak berniat untuk menuju kepada sesiapa, kerana disamping menulis ini juga, sama2 mengingati diri ini. jika ade terkasar bahasa, harap dimaafkan ye. nurul.adibah91@yahoo.com ukhwah fillah, abadan abada

Monday, December 30, 2013

zakat pendapatan

Assalamualaikum.. alhamdulillah kita dah sampai ke penghujung tahun 2013.. kejap je kan.. rasa baru sangat masuk 2013.. ni dah masuk 2014.. 2013 tahun yang banyak duka rasanya.. tapi tak apa.. allah dah lama uji dengan kegembiraan.. tahun ni sahaja allah uji dengan kedukaan.. 

tahun ni je kan 2 surat resign telah dikeluarkan.. apakah.. suka2 hati je kan cik diba oiii.. maap bos2 sekalian.. benda yang tak di duga.. tapi yang paling terasa ni masa keje kat aljeffri la.. baru nak merasa jadi staff kot.. 2 bulan je yang dapat.. lepas ni dah keje tempat lain.. huhu.. sodihh.. hmm.. so dah bekerja ni sibuk kemain lagi.. bukan sibuk ngan keje.. sibuk ngan mende lain.. duniawi sungguh la nurul adibah ni.. sedar-sedar diri sikit.. dah sibuk semua ni lupa nak bayar zakat pendapatan.. weyhhhh.. melampau... mende tu pun lupa.. padahal ummi dah ingatkan dari awal tahun dah.. jangan lupe bayar zakat.. tangguh2 lagi. pastu kelamkelibut.. keberkatan cik diba oii.. jangan buat lagi..

insyaallah lepas office nanti Wajib settlekan zakat ni.. haul dah cukup. nisab je tak tau cukup ke tak.. pengiraan zakat boleh pandukan ini.. lepas tu boleh la pergi jabatan agama dan kira balik.. so boleh bawak duit lebih sikit dari bajet kan.. yang lebih anggap sedekah.. tak rugi pun.. salah satu pembersihan harta.. walaupun tak banyak biarlah berkat..

firman Allah


"ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka. sesungguhnya doa kamu itu ketenteraman jiwa bagi mereka. dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" 
surah at taubah ayat 103

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...